Friday, September 17, 2010

Kajian Tempatan

1
BAB 1 SEJARAH TEMPATAN DAN PENGHIJRAHAN ORANG-ORANG
CINA KE TANAH MELAYU
1.1 Pengenalan
Masyarakat Malaysia merupakan sebuah masyarkat majmuk. Rakyatnya terdiri
daripada berbilang kaum. Selain daripada bumiputra, kaum-kaum lain pada mulanya datang
ke sini dengan tujuan perdagangan, seperti semasa Zaman Kesultanan Melaka. Pada masa itu,
pedagang-pedagang dari Timur dan Barat telah bertumpu di situ. Ada di antara mereka telah
menetap di situ tetapi bilangannya adalah kecil sahaja.
Penghijrahan kaum-kaum Cina dan India secara besar-besaran bermula selepas pihak
British mula menjajah Tanah Melayu. Disebabkan oleh Revolusi Perindustrian yang berlakudi
Eropah, kuasa-kuasa Barat memerlukan bahan-bahan mentah seperti galian, getah dan
sebagainya untuk mengembangkan sektor ekonomi mereka. Bahan-bahan mentah itu boleh
didapati dari tanah-tanah jajahan di sebelah Timur. Bagaimanapun, usaha ini memerlukan
banyak tenaga kerja untuk mendapat sumber-sumber tersebut. Pada masa itu, pendudukpenduduk
di Tanah Melayu masih tidak begitu ramai. Oleh itu, British terpaksa memberi
galakan dan membawa masuk tenaga kerja terutamanya dari Negeri Cina dan India.
1.2 Faktor-Faktor yang menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu
Kedatangan dan pemastautinan orang Cina di Tanah Melayu telah mula kelihatan
pada tahun 1700-an dan 1800-an. Mengikut kenyataan oleh lima orang British dari kapal Pulo
Condore yang karam di perairan pantai Johor pada 19 Mac 1702/3, mereka menjumpai “6
2
buah jung besar dan beberapa buah perahu di Johor Bahru”. Juga ternampak beberapa orang
Cina yang tinggal dan berdagang di sana. Juga mereka melihat kira-kira 600 orang Cina
besenjatakan pedang dengan sasarannya di situ”1 Jurnal Gray bertarikh 21 Januari 1827 pula
mengatakan bahawa “Saya diberitahu oleh saudagar-saudagar bahawa mereka telah
menjumpai lombong bujih timah, berhampiran dengan Sungai Leppa (Lepar) yang jauhnya 2
hari perjalanan ke kawasan petempatan di Pahang. Ia diusahakan oleh kira-kira 800 orang
Melayu dan beberapa orang Cina.” Abdullah, dari Sungai Pahang ke Kampung China (Pekan
Baharu), melihat beratus-ratus orang Melayu dan Cina lengkap dengan senjata di tebing
sungai. Orang-orang Cina itu terdiri daripada kumpulan dialek Hakka. 2
Kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu secara besar-besaran bermula sejak kurun
ke -19. Pada tahun 1881 seramai 89900 orang Cina telah tiba di Singapura dan Pulau Pinang.
Jumlah ini atelah meningkat kepada 224100 orang pada tahun 1901 dan dijangka lebih 6 juta
orang Cina telah memasuki Tanah Melayu antara 1895 hingga 1927.3 Kebanyakan orang
Cina yang datang ke Tanah Melayu itu berasal dari tiga wilayah selatan di Negeri China, iaitu
Kwangdong, Kwangxi dan Fukien.
Antara faktor-faktor penolak kepada penghijrahan beramai-ramai orang Cina ke Asia
Tenggara amnya dan Tanah Melayu khususnya ialah kawasan-kawasan tersebut mempunyai
sumber-sumber alam yang terhad dan masalah tekanan penduduk yang ramai di negara China.
Kedatangan mereka bertujuan untuk bekerja dan menyara penghidupan masing-masing. Di
samping itu, kebanyakan orang Cina dari wilayah selatan China mempunyai sifat-sifat
1Victor Purcell, Penterjemah : Nik Hasnaa Nik Mahmood, “Orang-orang Cina di Negeri-negeri Melahy
sehingga tahun 1990”, Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor,
1997, hal. 107. (W. Vaughan, Adventures of Five Englishmen fromPUlo Condore, a Factory of the New
Company in the East Indies, who were shipwrecked in the little Kingdom of Johore (London, 1714).
2 Ibid, hal 106. (Pengarang buku Pelayaran, dipetik oleh Linehan dalam tulisannya “History of Pahang”, hal.
60).
3 Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, “Kesan Perluasan Kuasa”, Sejarah Malaysia, Penerbitan Fajar Bakti
S/B, Shah Alam, Selangor, 2000, hal 262 .
3
keberanian, ingin mengembara dan mahir dalam ilmu pelayaran. Semangat ingin
mengembara ini telah mendorong mereka cuba mencari penghidupan baru di seberang laut.4
Selain itu, penghijrahan keluar orang Cina dari negara asal adalah didorong oleh
bencana alam yang sering melanda negara itu. Sebahagian besar rakyat China tinggal di
kawasan lembah Sungai Hwang Ho dan Sungai Yang–tze. Kedua-dua kawasan itu
merupakan kawasan yang padat penduduknya tetapi selalu dilanda banjir yang besar dan
dahsyat. Hasil-hasil pertanian di situ yang membekalkan sebahagian besar bahan-bahan
makanan bagi seluruh negeri China selalu dimusnahkan. Ini menyebabkan kebanyakan rakyat
China menghadapi masalah kekurangan makanan dan kebuluran.5
Masalah pertambahan penduduk yang pesat menyebabkan keluasan tanah yang boleh
diusahakan untuk kegiatan oleh sebahagian besar daripada penduduknya yang terdiri daripada
petani semakin terbatas. Dari awal pemerintahan Dinasi Qing (Manchu) hingga akhir kurun
ke-18, jumlah penduduk bertambah dari lebih kurang 100 juta ke lebih daripada 400 juta.
Pertambahan penduduk yang berlipat ganda berbanding dengan keluasan tanah pertanian
telah mengakibatkan timbunya masalah kemiskinan dan kemerosotan taraf hidup kaum tani.
Masalah ini semakin buruk apabila tanah mereka dirampas oleh kerajaan akibat kegagalan
membayar cukai yang tinggi. Kecepatan dalam menghasilkan bahan-bahan makanan dan
peluang untuk memperoleh pekerjaan tidak seimbang dngan kadar kecepatan dalam
pertambahan penduduk. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah berpindah ke tempat lain
untuk mencari penghidupan baru.6
4 Ibid.
5 Ibid, hal. 263.
6 Ibid, hal 264.
4
Satu aspek yang sering ditemui dalam sejarah negara China ialah pemberontakan dan
perang saudara kerap berlaku. Ini disebabkan oleh perasaan tidak puas hati yang timbul
akibat penindasan daripada pihak pemerintah dan tekanan daripada masalah kemiskinan yang
berterusan. Setiap kali berlakunya pemberontakan dan huru-hara, ribuan nyawa telah
terkorban. Semasa pemerintahan Dinsati Qing atau Manchu (1644 – 1911), kebanyakan masa
negara berada dalam keadaan yang tidak aman kerana terdapatnya gerakan-gerakan
penentangan yang bertujuan untuk menggulingkan Dinasti Qing, terutamanya di bahagian
selatan China kerana mereka menganggap dinasti itu sebagai pemerintah asing. Antaranya
ialah Pemberontakan Taiping (1857 – 1867) yang dipimpin oleh Hung Hisu-Chuan di
wilayah Kwangdong dan Kwangxi, rusuhan di timur laut Chihli (1891) dan Pemberontakan
Boxer (1899 – 1901). Ketidakstabilan politik dalam negeri menyebabkan rakyat sentiasa
hidup dalam ketakutan. Perkembangan ini telah mendorong rakyat biasa dan mereka yang
terlibat dalam pemberontakan untuk berpindah ke tempat yang lebih selamat.7
Pada peringkat awal, orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu tidak berminat
untuk menetap selama-lamanya di situ. Mereka datang ke situ bertujuan untuk bekerja dan
menyimpan wang seberapa banyak yang boleh sebelum balik ke negari China untuk menemui
keluarga masing-masing. Walau bagaimanapun, disebabkan desakan hidup yang semakin
genting, mereka terpaksa memberi perhatian kepada soal-soal kebendaan dan telah berhijrah
ke seberang laut secara besar-besaran dengan membawa bersama keluarga masing-masing.8
Selain daripada faktor-faktor penolak tersebut, wujud juga faktor-faktor penarik yang
menyebabkan kaum Cina berhijrah ke Tanah Melayu. Antaranya ialah galakan penjajahpenjajah
Barat amnya pada masa itu, pihak British dalam kes Tanah Melayu khasnya, telah
7 Ibid.
8 Ibid, hal 265.
5
memberi galakan untuk membawa masuk warga-warga asing ke Asia Tenggara untuk
memajukan dan mengembangkan sektor ekonomi di rantau tersebut. Akibat Revolusi
Perindustrian pada kurun ke-19, pihak British memerlukan banyak bahan mentah dan galian
untuk dijadikan sebagai input dalam perindustriannya. Lantaran itu, British telah memberi
galakan kepada orang Cina dan India memasuki Tanah Melayu supaya mereka melibatkan
diri dalam sektor-sektor ekonomi, seperti pelombongan dan penanaman.
Di samping itu, perubahan sikap kerajaan China yang menggalakkan perpindahan
keluar rakyatnya juga dapat menjelaskan berlakunya penghijrahan orang Cina secara besarbesaran
selepas pertengahan abad ke-19. Sebelum itu, kerajaan Cina tidak memerlukan
perdagangan atau hubungan ekonomi dengan negara-negara luar dan mengamalkan ekonomi
sara diri. Akibat daripada berbagai-bagai masalah dalaman telah mempengaruhi kerajaan
Manchu untuk mengubah pendiriannya. Mulai 1860, larangan ke atas penghijrahan keluar
telah dilonggarkan apabila China menandatangani satu perjanjian dengan Britain dan
Perancis yang membenarkan rakyat China berhijrah dan bekerja di tanah-tanah jajahan
mereka di Asia Tenggara. Pelbagai kemudahan dan insentif, seperti wang pendahuluan
tambang, diberikan menyebabkan ramai orang Cina berpindah keluar dari negeri China.
Arahan juga dikeluarkan kepada gabenor-gabenor wilayah supaya perlindungan diberikan
kepada orang-orang Cina yang kembali semula dari seberang laut. Ini merupakan satu
jaminan kepada para penghijrah kerana sebelum itu sesiapa yang berpindah keluar tidak
dibenarkan kembali.9
Satu persetujuan dicapai antara kerajaan Manchu dan British untuk mengawasi
bersama kontrak penghijrahan (indentured migration) yang melibatakan orang Cina yang
9 Ibid, hal 266.
6
diambil bekerja sebagai buruh di tanah jajahan dan negeri-negeri di bawah lindungan British.
Perjanjian itu ditandatangani di London dan dikenali sebagai Emigration Convention
Respecting the Employment of Chinese Labour in the British Colonies and Protectorates.
Dengan itu, tindakan penghijrahan orang Cina ke seberang laut bukan lagi satu kesalahan di
sisi undang-undang. Malahan, kerajaan China telah menggubal undang-undang untuk
melindungi semua penghijrah China dan pegawai-pegawai dilantik untuk membantu dan
melindungi kaum Cina di seberang laut.10
1.3 Petempatan orang-orang Cina di negeri Johor
Orang-orang Cina tidak membuat petempatan di kawasan pedalaman Johor sehingga
selepas tahun 1830-an. Pada 1834, Begbie menganggarkan jumlah penduduk di bandarbandar
Johor, Pulau Tinggi, Sungai Papan dan Segamat, tetapi tidak menyebut tentang orangorang
Cina. Begitu juga dengan Newold yang mengira jumlah kampung-kampung kecil pada
tahun 1839. Tetapi, pada penghujung tahun 1830-an, orang-orang Cina dari Singapura telah
mula berpindah lebih jauh ke pedalaman dan telah memasuki Johor. Pada tahun 1836,
terdapat seramai 35000 orang Melayu dan beberapa orang Cina di Timiong (Temiang).
Newbold tidak menyebut tentang orang-orang Cina di tempat-tempat lain termasuk daerah
Muar dan Segamat.11
Johor, di bawah pemerintahan Temenggung Ibrahim, mula berubah dari sebuah negeri
yang bergantung kepada hasil laut kepada pertanian. Pertanian gambir dan lada hitam
menjadi tarikan utama kemasukan orang Cina ke Johor. Pada tahun 1870 sahaja, terdapat 30
10 Ibid.
11 Victor Purcell, Penterjemah : Nik Hasnaa Nik Mahmood, “Orang-orang Cina di Negeri-negeri Melahy
sehingga tahun 1990”, Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor,
1997, hal. 107
7
ribu orang Cina terutama suku-suku dialek Teochew dan Khek menetap di negeri Johor.
Orang Cina merupakan perintis dan banyak mendominasikan ekonomi pertanian ladang di
Johor. Mereka dinaungi oleh Temenggung Ibrahim dan seterusnya Sultan Abu Bakar melalui
satu sistem pajak yang terkenal, iaitu “Sistem Kangcu”.12
1.4 Sistem Kangcu
Sistem Kangcu ialah satu sistem pajak tanah yang diperkenalkan oleh Temenggung
Ibrahim dan kemudian dimajukan lagi oleh anak baginda, Sultan Abu Bakar.”Kangcu” bererti
tuan sungai dalam bahasa Cina. Kangcu berkuasa ke atas sungai (biasanya anak sungai) dan
tanah di kedua-dua tebing sungai. Tauke-tauke Cina yang hendak meneroka kawasan itu dan
membuka ladang gambir dan lada hitam akan diberi “Surat Sungai” yang ditandatangani oleh
Sultan Johor. (Lampiran1) Pemerintahan Temenggung Ibrahim menekankan dan
menggalakkan kegiatan pertanian. Baginda membenarkan orang Cina masuk ke Johor untuk
menjalankan kegiatan pertanian terutama lada hitam dan gambir. Sistem Kangcu telah
digunakan untuk mengendali dan mengawasi orang Cina di Johor dan dimulakan di Johor
sejak 1930-an.13
12 Mohd. Isa Othman, Negeri Johor 1800 – 1914, “Sejarah Malaysia (1800 – 1963)”, Utusan Publications&
Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2002, hal.132.
13 Ibid.
8
9
Kangcu dapat dianggap sebagai satu unit kerajaan tempatan. Biasanya Kangcu akan
tinggal di kangkar (kaki sungai atau tebing sungai). Kangkar merupakan unit pentadbiran di
kawasan kebun gambir dan lada hitam. Perkataan “kangcu” secara khususnya membawa dua
makna, iaitu:
(a) Ibu pejabat atau pusat pentadbiran seorang kangcu
(b) Sebuah kawasan perladangan
Kawasan tempat tinggal kuli-kuli pula dikenali sebagai bangsal. Kebanyakan bangsal di
peringkat awal terdapat di Sungai Skudai, Danga, Melayu dan Tebrau Pada tahun 1845,
terdapat 55 buah bangsal dan pada tahun-tahun 1860-an , 1200 buah. Saiz kangkar berbeza
antara satu dengan yang lain. Kangkar yang kecil saiznya kurang daripada 2500 ekar
manakala yang besar lebih 20000 ekar.
Sistem Kangcu merupakan campuran sistem Melayu, Cina dan Inggeris. Dengan ini,
perjalanan sistem ini mudah diterima oleh pihak-pihak yang terlibat. Pihak Temenggung juga
telah memberi galakan dengan pemberian taraf perintis. Umpamanya, kangcu tidak perlu
membayar cukai selama tiga tahun. Insentif ini dan keluasan tanah Johor yang besar dan
10
subur telah menyebabkan kangcu membawa masuk lebih ramai buruh Cina. Antara tahun
1855 -1862, seramai 70 ribu orang Cina telah dibawa masuk bekerja di ladang gambir dan
lada. Pada tahun 1894, daripada keseluruhan 300,000 orang penduduk Johor, 210,000 terdiri
dariapda orang Cina dan tenaga buruh tersebutlah yang sangat-sangat diperlukan untuk
peningkatan pengeluaran dalam bidang pertanian.14
Dalam “Surat Sungai”, dicatatkan undang-undang dan peraturan-peraturan yang mesti
dipatuhi oleh kangcu-kangcu. (Lampiran 2) Walau bagaimanapun, kangcu-kangcu tersebut
juga mmpunyai kuasa yang luas di kangkar dalam aspek eknomi dan kawalan. Kangcu diberi
monopoli atas aktiviti-aktiviti berikut :
(a) Penjualan arak
(b) Penjualan babi
(c) Perjudian
(d) Pajak Gadai
(e) Mengutip komisen atas barang-barang import dan eksport ang masuk ek kangkar
dan pembekalan candu.
Kangcu juga mempunyai saham yang besar ke atas pengangkutan perahu yang masuk ke
kangkar. Setiap kangkar perlu mempertahankan diri sendiri, menjaga hartabenda, mengawal
penyeludupan dan memastikan buruh bekerja.15
14 Ibid, hal. 133.
15 Ibid.
11
1.5 Sumbangan Sistem Kangcu dan Orang Cina Terhadap Perkembangan Ekonomi
Johor
Sistem Kangcu bersama-sama dengan sistem pajak lain seperti pajak sungai, pajak
kampung, pajak bandar dan pasar, monopoli candu dan hasil hutan telah membantu
perkembangan ekonomi Johor. Pada tahun 1880, negeri Johor mengeksport 316 ribu pikul
gambir dan lebih 56 ribu pikul lada. Satu lagi kesan ialah Sistem Kangcu menyebabkan
petempatan-petempatan orang Cina secara sistematik dan kewujudan bandar, pekan atau
kampung yang baru.16
Permintaan yang tinggi untuk gambir dan lada menyebabkan harganya melambung.
Contohnya, harga gambir meningkat daripada $5.00 sepikul pada tahun 1884 kepada $8.00
pada tahun 1889. Harga lada hitam pula meningkat daripada $12.00 sepikul kepada $20.00
sepikul pada tahun 1889. Harga kedua-dua tanaman itu berada paras yang tinggi sehingga
tahun 1905.17 Faktor tesebut yang menyebabkan ramai orang Cina telah dibawa masuk untuk
melibatkan diri dalam sektor pertanian ini. Secara tidak langsung, kawasan petempatan baru
telah diwujudkan dan seterusnya dimajukan menjadi pekan dan bandar. Malahan, cukai yang
dapat dikutip oleh kerajaan Johor juga meningkat. Pada dekad pertama abad ke-20,
perusahaan gambir dan lada hitam merosot ekoran kemerosotan harga dan ancaman dari
kemunculan tanaman getah. Banyak kangkar sudah beralih kepada tanaman getah.
16 Ibid, hal. 134.
17 Ibid, hal. 135.
12
1.6 Sejarah Kangkar Tebrau
Kangkar Tebrau berada lebih kurang 6 batu dari pusat bandaraya Johor Bahru. Ia
berada di timur laut Johor Bahru dan Sungai Tebrau mengalir melaluinya.(Peta 1, 2 & 3)
Pada kurun 1800-an dan sebelumnya, kawasan ini masih diliputi oleh hutan rimba dan
binatang-binatang liar hidup di situ.
Pada tahun 1844, Temenggung Ibrahim telah mengeluarkan Surat Sungai yang kedua
kepada Kapitan Tan Kee Soon atau Chen Kai Shun (陈开顺) (Lampiran 3) dan membenarkan
beliau membina petempatan di Kangkar Tebrau. Chen Kai Shun telah membawa sekumpulan
kuli Cina (kebanyakan dari suku dialek Teochew) dari Singapura ke Kangkar Tebrau dengan
perahu. Mereka telah mendarat di Kangkar Tebrau dan mula meneroka kawasan itu. Pada
masa itu, ramai peneroka telah meninggal kerana menghadapi banyak ancaman, seperti
penyakit tempatan, ancaman binatang liar, masalah penyesuaian diri dengan iklim serta alam
sekitar tempatan dan sebagainya.18
Sumber ekonomi utama pada masa itu ialah penanaman gambir dan lada hitam
disebabkan permintaan yang tinggi. Kemudian, tanaman tersebut telah digantikan oleh
tanaman getah akibat kemerosotan permintaan gambir. Semasa kawasan itu dibuka oleh Chen
Kai Shun, Kangkar Tebrau telah dikenali sebagai “Chen Cuo Gang” ( 陈厝港) oleh
masyarkat Cina pada masa itu dan nama ini masih diwarisi sehingga hari ini.
18 Wu Hua,“一条河一口井孕育全村人- 陈错港的历史Penggantungan Kehidupan Penduduk Kepada Sebatang
Sungai dan Sebuah Perigi”, Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor
Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 26.
13
Pada kemuncak kecemerlangan, Kangkar Tebrau diduduki oleh lebih daripada 4000
orang Cina. Pada masa itu, Kangkar Tebrau merupakan sebuah kawasan yang makmur
dengan kedai-kedai, rumah pelacur, rumah judi dan rumah candu juga kelihatan di situ.
Antara jalan-jalan utama di kawasan itu ialah Jalan Kangkar Tebrau dan Jalan Kangkar Kecil.
Jalan-jalan itu pernah merupakan jalan yang sibuk dan ramai penduduk berlalu-lalang di situ.
(Gambar 1) Bagaimanpun, akibat perkembangan kawsan itu diabaikan, sekarang hanya
terdapat kurang daripada 20 buah keluarga yang masih tinggal di situ.19 Dari 1844 hingga
1855, Kangkar Tebrau merupakan pusat pentadbiran tempatan negeri Johor. Biasanya,
pendatang-pendatang Cina yang awal akan mendirikan tokong, persatuan dan kemudian
sekolah apabila mereka menetap di sesuatu tempat. Jadi, selain daripada lading-ladang,
sebuah tokong juga telah didirikan oleh Chen Kai Shun pada 1844 dan sekarang tokong itu
telah berusia lebih daripada 150 tahun.20 Juga dipercayai bahawa Persatuan Keng Chew
(sekarang dikenali Persatuan Hainan) didirikan pada pada 1880. Sebuah sekolah rendah Cina
yang dikenali sebagai Sekolah Rendah Yit Hwa (Yit Hwa National Type Primary School)
(Gambar 2) juga didirikan di situ pada 1920 tetapi telah tutup pada 1966 kerana ketiadaan
murid. Selepas Perang Dunia Kedua, terdapat juga sebuah majlis perundangan tempatan di
Kangkar Tebrau tetapi ia juga dibubarkan pada 1960-an.21
Pada tahun 1917, Sultan Ibrahim telah memansuhkan Sistem Kangcu dan ini
menandakan permulaan kemerosotan Kangkar Tebrau. Di bawah Sistem Kangcu, Kangkar
Tebrau telah menikmati kemakmuran dan kemajuan selama 73 tahun. Sungguhpun pada 1924,
masih terdapat lebih kurang 5000 orang penduduk tinggal di situ, tetapi semakin ramai
penduduk telah berpindah dari situ selepas itu.
19 Wu Hua,“这里留下先贤的足迹 – 陈厝港早味Peninggalan dan Kesan Generasi Awali”, Sejarah Kangkar
Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 34.
20 Wu Hua,“从全盛时期到没落岁月Dari kemakmuran ke kemerosotan”, 陈厝港方誌 Sejarah Kangkar
Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 22.
21 Ibid, hal. 24.
14
Antara faktor-faktor yang menyebabkan keadaan tersebut termasuk :
(a) Johor Bahru yang didirikan pada tahun 1855 telah berkembang dengan pesatnya dan
telah menggantikan Kangkar Tebrau sebagai sebuah pusat pentadbiran dan ekonomi
negeri Johor. Selanjutnya, semakin ramai penduduk di situ berpindah ke Johor Bahru
untuk mencari rezeki.
(b) Pada awalnya, mata pencarian utama penduduk-penduduk tempatan bergantung
kepada gambir sebagai tanaman utama tetapi selepas permintaan gambir merosot,
mereka terpaksa berpindah ke tempat-tempat lain untuk mencari nafkah.
(c) Semasa pemerintahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, ramai penduduk di Kangkar
Tebrau telah melarikan diri dan kemudian tidak balik ke situ lagi.
(d) Kebanyakan bangunan-bangunan di Kangkar Tebrau telah usang dan tidak sesuai
untuk kediaman dan lebih-lebih lagi kawasan-kawasan perumahan baru seperti
Kampung Baru Pandan, Taman Daya dan Taman Istimewa, telah didirikan di
sekelilingnya.22
22 Ibid, hal. 22.
15
BAB 2 SEJARAH TOKONG
2.1 Pengenalan
Semasa kaum Cina berhijrah ke mana-mana tempat di Asia Tenggara dari negeri
China, mereka akan membawa bersama-sama dewa-dewi yang disembahyangkan. Suku-suku
dialek kaum Cina memuja dewa-dewi yang berlainan. Di Kangkar Tebrau, masih wujud
beberapa buah rumah berhala kaum Cina yang bersejarah. Antaranya ialah Tokong Ling San
Keng, Tokong Tian Hou Gong dan Tokong Tian Chun Gong. Ling San Keng adalah
diasaskan oleh masyarakat Teowchew, Tian Hou Gong dipuja oleh masyarakat Hokkien
manakala Tian Chun Gong oleh masyarakat Hakka. Rumah-rumah berhala tersebut dibina
untuk meminta rahmat dewa-dewi supaya penghijrah-penghijrah dapat hidup dalam keadaan
yang aman damai di tempat yang baharu itu.
Tokong Ling San Keng merupakan salah satu sebuah rumah berhala Cina yang paling
awal di Johor Bahru. Ia juga merupakan sebuah tokong “Xuan Tian Shang Di” yang
mempunyai sejarah yang paling awal di Johor Bahru. Di seluruh negeri Johor, terdapat
banyak tokong yang memuja dewa “Xuan Tian Shang Di”.
2.2 Kedudukan Tokong Ling San Keng
Tokong Ling San Keng terletak di Kangkar Tebrau dan berada lebih kurang 6 batu
dari pusat bandar Bandaraya Johor Bahru. Sekarang, Kangkar Tebrau adalah termasuk di
dalam daerah Pandan. Jika seseorang ingin pergi ke Tokong Ling San Keng dari pusat bandar
Johor Bahru dengan laluan darat, ia boleh mengikuti Lebuhraya Tebrau dan Jalan Pandan
sejauh lebih kurang 5 batu dan kemudian membelok ke kiri ke dalam Jalan Kangkar Tebrau.
16
Selepas berjalan sejauh lebih kurang 1 batu dan melintasi Jambatan Tebrau, akan kelihatan
Klinik Kesihatan Kangkar Tebrau di sebelah kanan dan beberapa buah papan tanda dalam
Bahasa Mandarin yang berbunyi “Tapak Kuno Kangkar Tebrau”, “Rumah Berhala Ling San
Keng” dan “Xuan Tian Shang Di - Rumah Berhala Ling San Keng Kangkar Tebrau”.
(Gambar 2A) Bahagian tepi bangunan Ling San Keng akan kelihatan. Selepas berjalan ke
hadapan lebih kurang 100 m lagi dan sebelum tiba sebuah jambatan batu yang menyeberangi
Sungai Tebrau, akan dijumpai sebatang jalan kecil di sebelah kanan dan membentuk satu
simpang tiga dengan Jalan Kangkar Tebrau. Jalan kecil tersebut dikenali sebagai Jalan
Kangkar Kechil. (Peta 4)23
Di kedua-dua belah Jalan Kangkar Kechil, terdapat dua deret rumah kedai yang lama
dan buruk. Gerbang utama Tokong Ling San Keng adalah berhadapan dengan Jalan Kangkar
Kechil itu. Mengikut penghuni-penghuni di sana, dalam tahun 1960-an hingga 1970-an,
terdapat lebih kurang 20 buah rumah kedai di Kangkar Tebrau di sepanjang Jalan Kangkar
Tebrau dan Jalan Kangkar Kecil. Walau bagaimanapun, pada masa sekarang, kebanyakan
rumah kedai tersebut tinggal kekosongan dan tidak didiami oleh penghuni lagi kecuali hanya
beberapa buah rumah kedai yang masih mempunyai operasi perniagaan dan rumah kediaman
yang didiami oleh lebih kurang 12 buah keluarga. Mereka termasuk bengkel motosikal Xing,
Restoran M&M, Kejuruteraan Hup Soon dan dua buah kedai runcit, iaitu Kedai Runcit Kie
Chiang dan Chop Song Thye. (Gambar 3 & 4). Terdapat juga beberapa buah rumah kedai
yang didiami oleh penghuni walaupun perniagaan tidak dijalankan di tingkat bawah kedaikedai
tersebut. Di sepanjang Jalan Kangkar Tebrau, masih tinggal beberapa rumah kedai lama
yang pernah dibaikpulih dan masih menjalankan urusniaga, seperti Kejuruteraan Besi Leong
Lee dan sebagainya.
23 Wu Hua,“Rumah Berhala Xuan Tian Shang Di Yang Terlama di Johor Bahru”, Sejarah Kangkar Tebrau,
Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 3.
17
Sekiranya pelawat-pelawat ingin mengunjungi Tokong Ling San Keng, mereka boleh
mengambil bas No.42 dari Terminal Bas Larkin, Johor.
Sekiranya seseorang ingin mengambil jalan laut untuk sampai ke Kangkar Tebrau, dia
terpaksa menaiki bot dari Stulang Laut dan belayar sepanjang Sungai Stulang sehingga
memasuki Sungai Tebrau. Selepas melalui Jambatan Pandan, dia terus belayar ke arah hulu.
Tidak lama kemudian, dia akan tiba di Kangkar Tebrau. Walau bagaimanapun, kebanyakan
orang datang ke situ dengan menggunakan kenderaan darat kerana pengangkutan laut tidak
disediakan.
2.3 Sejarah dan Perkembangan Tokong Ling San Keng
Adalah dipercayai bahawa Rumah Berhala Ling San Keng merupakan rumah berhala
kaum Cina yang pertama di Johor Bahru kerana Kangkar Tebrau (1844) telah dipelopori
sebelum Johor Bahru didirikan pada (1855). Sejarahnya adalah sekurang-kurangnya lebih
daripada 150 tahun, lebih lama daripada Gu Miow Johor Bahru (Tokong Kuno Johor Bahru)
yang terletak di Jalan Trus, Johor Bahru meskipun Gu Miow adalah lebih terkenal daripada
Ling San Keng.24
Tokong Ling San Keng mempunyai sejarah yang sama lama seperti sejarah Kangkar
Tebrau. Adalah dipercayai bahawa Ling San Keng didirikan oleh seorang pendatang China
yang bernama Tan Kee Soon atau Chen Kai Shun [陳開順]. Pada tahun 1844, semasa Chen
Kai Shun membawa masuk buruh-buruh China dari Singapura untuk menetap di Kangkar
Tebrau, beliau telah membina tokong Ling San Keng bersama-sama penghijrah-penghijrah
24 Wu Hua,“Rumah Berhala Xuan Tian Shang Di Yang Terlama di Johor Bahru”, Sejarah Kangkar Tebrau,
Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 70.
18
China tersebut. Sejak masa itu, tokong tersebut telah dibaikpulih sebanyak tiga kali. Kali
pertama adalah pada tahun 1874, kali yang kedua pada tahun 1911 dan kali yang terakhir
adalah pada 1969. Peruntukan telah diberikan oleh bekas Menteri Besar negeri Johor, Dato
Haji Othman Bin Haji Mohd Saat (Gambar 5), untuk membiayai perbelanjaan untuk kerja
baikpulih pada kali ketiga. Upacara pembukaan telah dirasmikan oleh Dato’ Chua Song Lim
(Gambar 6) pada 21hb. November 1969. Satu papan tanda telah digantung pada dinding di
tepi pintu depan tokong ini. (Gambar 7) Papan tanda tersebut mencatatkan yang berikut :25
LING SAN KENG
RUMAH BERHALA CHINA KANGKAR TEBRAU
RASMI DI-ATAS OLEH
Y.A.B. DATO MENTERI BESAR JOHOR
DATO HAJI OTHMAN BIN HJ. MOHD. SA’AT (D.A.II S.P.M.J.P.I.S)
PADA JAM 2.30 21 NOVEMBER 1969
2.4 Latar Belakang Kapitan Tan Kee Soon, Pengasas Tokong Ling San Keng
Chen Kai Shun ialah seorang pendatang China keturunan Teowchew. Beliau
dilahirkan di Kampung Nanguidu Dongfeng, Daerah Hai Yang Hai, Wilayah Kwangdong
pada tahun 14-11-1803. Tahun itu ialah tahun ke-8 pemerintahan Maharaja Jiaqing zaman
pemerintahan Dinasti Qing (Manchu).26 Kampung beliau mempunyai rekod sejarah yang
panjang dan dahulu juga dikenali sebagai “Taman Bawang” disebabkan tempat ini terkenal
dengan tanaman bawang dan pemeliharaan itik.
25 Wu Hua,“Kenyataan Sejarah Ling San Keng oleh Hong De Rong”, Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa
Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 58
26 Shuqing Xiang: Chen Kai-shun life feat was certainly “Persejarahan Masyarakat Teochew”,

19
Selepas kejatuhan Dinasti Ming, kempen anti pemerintahan Manchu untuk
memulihkan pemerintahan Ming tidak pernah berhenti kerana kaum Manchu dianggap
sebagai orang asing pada masa itu. Mereka membentuk pertubuhan-pertubuhan penentang
kerajaan Manchu dan antaranya yang paling terkenal ialah Pertubuhan “Tian Di Hui”
(Heaven and Earth Society, 天地会). Pertubuhan Tian Di Hui juga dikenali sebagai “Hong
Meng” (洪门)atau Kongsi Ngee Heng (义兴公司). Chen Kai Shun adalah terlibat
dalam kegiatan anti pemerintahan Dinasti Qing.27
Pada tahun 1844 (tahun ke-24 pemerintahan Maharaja Daoguang), tercetus
pemberontakan yang besar-besaran di Chaoyang, Hai Yang, Jieyang dan tempat-tempat lain.
Pemberontakan tersebut telah berjaya dibenteraskan oleh kerajaan Manchu dan ramai
pembenrontak sama ada telah ditangkap atau dibunuh manakala yang bakinya telah
melarikan diri ke Singapura. Chen Kai Shun telah dipercayai telah datang ke Singapura
bersama-sama ahli-ahli lain pada masa itu. Selepas tiba di Singapura, beliau telah menjadi
salah seorang ketua Kongsi Ngee Heng di situ.
Pada masa itu, negeri Johor adalah di bawah pemerintahan Raja Temenggung Tun
Daeng Ibrahim (8 Disember 1810 - 31 Januari 1862) dan Johor masih mempunyai kawasan
hutan yang terbentang luas dan belum pernah diterokai. Justeru itu, baginda telah
memperkenalkan sistem “Kangcu” untuk menggalakkan masyarakat China berhijrah dari
Singapura ke Johor. Mengikut pengkaji sejarah tempatan Wu Hwa, Chen Kai Shun menyahut
seruan baginda dan membawa lebih kurang 4000 orang buruh China, yang terdiri daripada
27 Tiandihui, 12 November 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

20
ahli-ahli kongsi gelap Ngee Heng, masuk ke Johor.28 Mereka menaiki bot di Augang,
Singapura dan sampai ke muara Stulang Laut, kemudian belayar sepanjang Sungai Tebrau
sehingga Kangkar Tebrau. Pada masa itu, tongkang merupakan kenderaan yang utama.
Muara Stulang Laut telah menjadi pintu masuk orang China ke Johor Bahru. Sungguhpun
sebahagian besar buruh tersebut terdiri daripada keturunan Teochew, tidak kurang juga
mereka daripada keturunan lain, seperti Hainan.29
Pada 22 hb Oktober 1844, satu Surat Sungai telah dikeluarkan oleh Temenggung
Ibrahim kepada Chen Kai Shun supaya beliau boleh menerokai tanah-tanah serta menanam
gambir dan lada hitam secara komersial di Kangkar Tebrau. Pada masa itu, kawasan itu
dikenali sebagai Chen Cuo Gang oleh masyarakat China . Surat Sungai Kangkar Tebrau
merupakan Surat Sungai yang kedua dikeluarkan oleh kerajaan Johor selepas surat pertama
yang diberikan kepada seorang pekebun China Lau Lib Keng di Sungai Skudai. Selain
menjadi “Kangcu” (yang bermakna “Tuan Sungai”) atau ketua petempatan Cina di Kangkar
Tebrau yang bertanggunjawab untuk memajukan kawasan tersebut serta membayar cukai
kepada kerajaan Johor.30, beliau juga dilantik oleh Temenggung Ibrahim sebagai Kapitan
Cina.31Beliau merupakan orang Cina yang pertama mendapat anugerah Kapitan Cina. Di
bawah usaha dan pimpinan beliau, Kangkar Tebrau telah menjadi sebuah kawasan yang
makmur. Kangkar Tebrau pada masa itu merupakan sebuah kawasan makmur dan terdapat
kedai-kedai, rumah pelacur, kedai judi dan kedai candu di situ. Bilangan penduduk pernah
28 Shuqing Xiang: Chen Kai-shun life feat was certainly “Persejarahan Masyarakat Teochew”,

29 Wu Hua,“从全盛时期到没落岁月Dari kemakmuran ke kemerosotan”, Sejarah Kangkar Tebrau,
Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 22.
30 “Sistem Kangcu”, 1Mei 2009, , Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

31
Shuqing Xiang: Chen Kai-shun life feat was certainly “Persejarahan Masyarakat Teochew”,

21
mencapai tahap yang tertinggi sehingga lebih kurang 5000 orang.32 Dari 1844 hingga 1855,
Kangkar Tebrau merupakan pusat pentadbiran kerajaan tempatan negeri Johor. Dari 1844
hingga 1860, gambir di tanam di situ dan kemudian ditukarkan kepada penanaman getah.33
Selepas itu, beliau mula mengembangkan penerokaan ke Tanjung Putri (sekarang Johor
Bahru) dan menyambut kerajaan Johor untuk mendirikan pusat pentadbiran di situ.
Beliau juga menolong Sultan Johor untuk menghapuskan pemberontakan di Muar
dan menerima penghargaan yang tinggi dari baginda. Beliau juga dilantik untuk menguruskan
hal ehwal keselamatan di daerah-daerah tempatan di Johor.34 Chen Kai Shun meninggal
dunia pada tahun 1857 dan dikembumikan di Kangkar Tebrau. Tetapi, akibat arus
perkembangan dan kemajuan, kawasan perkuburan tersebut tidak wujud lagi dan sekarang
telah dimajukan menjadi kawasan perumahan.
Selepas kematian Chen Kai Shun, anak angkatnya Tan Cheng Hung telah
mengambilalih tempatnya sebagai Kangcu Kangkar Tebrau kerana adalah dipercayai Chen
Kai Shun tidak mempunyai anak kandung.Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, Tan
Cheng Hung telah menjual kuasa pentadbiran Sungai Tebrau kepada Bendahara Johor Jaffar
Haji Mohamed35, iaitu menteri besar pertama negeri Johor dan juga datuk bekas Perdana
Menteri kedua Malaysia Allahyaham Tun Hussein Onn.36
32 Wu Hua,“地不佬河源远流长 SungaiTebrau”, 陈厝港方誌Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa
Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 11.
33 Wu Hua,“从全盛时期到没落岁月Dari kemakmuran ke kemerosotan”, 陈厝港方誌 Sejarah Kangkar
Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 22.
34 Wu Hua,“新山历史最久玄天上帝庙Rumah Berhala Xuan Tian Shang Di Yang Terlama di Johor Bahru”, 陈
厝港方誌 Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru,
2006, hal. 70.
35 Wu Hua,“Rumah Berhala Xuan Tian Shang Di Yang Terlama di Johor Bahru”, Sejarah Kangkar Tebrau,
Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 20.
36
Shuqing Xiang: Chen Kai-shun life feat was certainly “Persejarahan Masyarakat Teochew”,

22
Sempena perayaan Pesta Tanglung atau Kuih Bulan (Mooncake Festival) pada tahun
1999, masyarakat Johor Bahru telah menyambut ulangtahun ke-155 pembukaan Kangkar
Tebrau di Tokong Ling San Keng. Ini adalah bertujuan untuk mengingati dan memuji secara
terbuka dan besar-besaran jasa bakti Chen Kai Shun pada tahun-tahun itu.37
2.5 Tujuan Pembinaan Tokong
Dalam setiap penempatan, pekan, kampung atau bandar kaum Cina, lazimnya terdapat
sekurang-kurangnya sebuah tokong kommunal. Berbeza daripada tokong-tokong yang
dimiliki oleh “spirit-medium”, tokong kommunal ialah tokong yang dikunjungi oleh semua
penganut-penganut Cina dalam sesebuah komuniti atau penganut-penganut dari kumpulan
dialek tertentu. Ia adalah kerana sesebuah tokong juga mewakili kumpulan dialek berlainan
dalam sebuah komuniti Cina tempatan.38
Tokong merupakan bangunan agama yang penting dalam kehidupan masyarakat Cina.
Pendatang-pendatang Cina berhijrah beramai-ramai dari Negeri China, terutamanya Wilayah
Kwangdong dan Fujian, membawa bersama-sama nilai kepercayaan dan kebudayaan mereka
ke Asia Tenggara. Selepas menyeberangi Laut Cina Selatan dan tiba di Tanah Melayu dengan
selamat, sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan dan dewa-dewa, mereka pun mendirikan
tokong untuk memuja Tuhan dan dewa-dewa.39 Ada mereka yang berjaya dalam bidang
perniagaan setelah menetap di Tanah Melayu juga giat melibatkan diri dalam pembinaan
tokong atau rumah ibadat. Pada masa Kapitan Chen Kai Shun meneroka kawasan Kangkar
37 Wu Hua,“新山历史最久玄天上帝庙Rumah Berhala Xuan Tian Shang Di Yang Terlama di Johor Bahru”, 陈
厝港方誌 Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru,
2006, hal. 71
38 Lee Kam Hing, Tan Chee Beng, “The Religious of Chinese in Malaysia”, The Chinese in Malaysia, 2000,
Oxford University Press, 4, Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1, 40150 Shah Aklam, Selangor, hal. 292.
39 Wawancara bersama dengan Encik Soh Lian Kau (Bendahari jawatankuasa Tokong Ling San Keng), Tokong
Ling San Keng, Kangkar Tebrau,11.30 am 23-09-2009.
23
Tebrau, kawasan tersebut diliputi oleh hutan rimba. Keselamatan dan kesihatan pendatangpendatang
diancam oleh binatang-binatang buas dan berbagai jenis penyakit. Oleh itu, tokong
Ling San Keng didirikan juga bertujuan untuk meminta dewa-dewa merestui kehidupan,
keselamatan dan kesihatan mereka di petempatan yang baru itu.
Pada mulanya, hanya suku dialek tertentu, iaitu Teochew, yang dibawa oleh Kapitan
Chen Kai Shun ke Kangkar Tebrau. Selepas itu, orang-orang Cina dari suku dialek yang lain,
seperti seperti Hainan, Kantonis, Hakka dan Hokkien, juga ikut serta datang ke Kangkar
Tebrau. Disebabkan penduduk-penduduk tersebut terdiri daripada suku-suku dialek yang
berlainan, perselisihan antara kumpulan tidak dapat dielakkan. Jadi, Salah satu matlamat
Tokong Ling San Keng dibina adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah dan
persengketaan-presengketaan antara mereka. Inilah sebabnya terdapat beberapa dewa yang
berlainan disembahyangkan di tokong ini. Dewa-dewa tertentu dipuja oleh suku-suku dialek
tertentu. Umpamanya, dewa Xuan Tian Shang Di di puja oleh kumpulan Teochew, Zhao Da
Yuan Shuai dipuja oleh kumpulan Hainan dan Huang Guan Da Di oleh kumpulan Kantonis.
Apabila perselisihan timbul, ketua-ketua dari kumpulan-kumpulan yang terlibat akan
berkumpul dan bertemu di tokong untuk membincangkan penyelesaian. Jadi, boleh dikatakan
bahawa Tokong Ling San Keng juga memainkan peranan untuk menyatukan kaum Cina dari
kumpulan-kumpulan dialek yang berlainan.
2.6 Struktur Binaan dan Pelan Tokong
Kawasan Tokong Ling San Keng tidak besar. Tokong Ling San Keng
mempunyai keluasan lebih kurang 3800 kaki persegi. Secara amnya, tokong ini terdiri
24
daripada 3 buah bangunan, iaitu gerbang pintu utama, bangunan tokong dan cerobong
membakar wang kertas neraka (Joss Paper). (Pelan 1) Tokong itu dibuat daripada kayu,
simen dan batu-bata. Dari Jalan Kangkar Tebrau Kecil, didapati ketinggian kawasan tokong
adalah berbeza-beza. Kawasan tokong boleh dibahagikan kepada 2 bahagian: bahagian
pertama terdiri daripada sebuah podium yang lebih tinggi dari permukaan jalan, diikuti oleh
sebuah podium lagi, yang merupakan pavilion pemujaan (Prayer Pavilion), yang lebih tinggi
lagi daripada podium pertama. Sebuah tangga simen dibina di antara kedua-dua podium
tersebut. (Gambar 8) Ketinggian kawasan tokong itu berbeza-beza kerana ia dibina mengikut
kontor tanah. Tambahan pula, ia terletak di sebuah kawasan banjir dan di tepi Sungai Tebrau.
Beberapa banjir kilat dan serius pernah berlaku di Kangkar Tebrau dan air telah naik
sehingga bahagian Pavilion Pemujaan. Nasib baik, bangunan utama tokong tersebut tidak
pernah ditenggelami oleh air sungguhpun rumah-rumah kedai lama di sepanjang Jalan
Kangkar Tebrau Kecil dan kampung-kampung berdekatan (Kampung Kangkar Tebrau) yang
berdekatan dan di sekeliling Sungai Tebrau telah dimusnahkan oleh air banjir. Maka,
penduduk-penduduk tempatan yakin bahawa dewa-dewi dalam tokong tersebut mempunyai
kuasa mistri untuk mempertahankan dan melindungi sesuatu. Dalam kejadian banjir pada 12-
01-2007, air naik setinggi 10 meter dan memasuki bangunan utama tokong. Tetapi, nasib baik
jawatankuasa tokong telah membuat persiapan awal untuk memindahkan patung-patung
dewa dan kelengkapan lain. (Lampiran 4 )
Nama ”Ling San Keng” dalam bahasa Mandarin (靈山宮) ditulis dengan cat emas
pada ambang gerbang utama. (Gambar 9) Dua rangkap puisi diukir pada dua batang tiang
tegak di sebelah kanan dan kiri. (灵神伏威显而保万姓,山岳司震赫果佑四方) Dua
perkataan pertama pada rangkap-rangkap itu, apabila digabungkan bersama-sama,
membentuk nama tokong itu, iaitu Ling San. Kedua-dua rangkap tersebut bermakna “Dewa
25
yang berkuasa memerintah setiap pelusuk dunia dan berupaya menjaga keselamatan rakyat
jelata”. Bahagian-bahagian tertentu gerbang itu dicat dengan cat merah. Dalam kepercayaan
kaum Cina, warna merah, terutamanya digunakan secara meluas dalam perhiasan tokong
Cina kerana ia melambangkan “matahari” dan prinsip “Yang” (male Yang principle),
“kegembiraan”, “kemakmuran”, “kemeriahan” dan “tuah”.40
Di bahagian atas gerbang utama, kelihatan ukiran-ukiran seperti bentuk api dan
matahari.(Gambar 9) Ukiran matahari bermakna sinaran matahari menyinar semua benda di
dunia dan menjadikan mereka lebih bertenaga. 41 Ukiran api menggambarkan kegiatankegiatan
tokong itu akan semakin maju seperti api yang bersemarak. Begitu juga kehidupan
penduduk-penduduk di kawasan tersebut.
Di hadapan gerbang utama, ternampak dua batang tiang rendah dengan ukiran batu
seekor singa di setiap hujungnya. (Gambar 10) Dalam tradisi Cina, biasanya singa dianggap
sebagai binatang yang tuah. Ia merupakan penjaga yang suci.42 Ukiran singa biasanya wujud
sebagai kembar. Seekor ialah singa jantan manakala yang seekor lagi ialah singa betina.
Mereka melambangkan keseimbangan masyarakat dan keutuhan institusi kekeluargaan.
Ukiran singa jantan adalah di sebelah kanan dan diukir dengna motif duit sementara ukiran
singa betina adalah di sebelah kiri dan diukir dengan seekor anak singa. Kedua-dua ukiran ini
menunjukkan sistem kekeluargaaan masyarakat Cina di mana pihak lelaki bertanggunjawab
diberi tangggungjawab untuk menguruskan keluarga.
40 Laurence Loh Kwong Yu & Loh Lim Lin Lee, Chinese Temple, “Traditional Architecture of the
Immigrant Communities”, the Encyclopedia of Architecture Vol. 5, Archipelago Press an imprint of Didier
Millet Pte. Ltd., 121, Telok Ayer Street, #03-01, Singpore 068590, 1998, hal. 50.
41
Taoist Temples, Travel China Guide, temples.htm>
42 Benny Liow Woon Khin & Soo Khin Wah, Buddhist and Chinese Temple, “Religious & Belief”, Prof. Dr.
M Kamal Hassan & Dr Ghazali Bin Basri, The Encyclopedia of Malaysia Vol. 5, Archipelago Press an imprint
of Didier Millet Pte. Ltd., 121, Telok Ayer Street, #03-01, Singpore 068590, 2005, hal. 78.
26
Di podium kedua yang merupakan Pavilion Pemujaan, terdapat sebuah bekas colok
yang dibuat daripada simen diletakkan di atas sebuah meja logam. Tempat ini adalah tempat
sembahyang kepada Maharaja Jed (Jade Emperor). (Gambar 11) Bekas colok tersebut diukir
dengan perkataan-perkataan Mandarin “玉皇大帝” dan “壬午年元宵佳節” padanya. Ia ialah
sumbangan penganut pada Chap Goh Mei 2002.
Di hadapan pintu depan bangunan utama tokong, terdapat sebuah lagi gerbang kecil.
Nama tokong sekali lagi dalam cat emas diukir pada bahagian atas gerbang tersebut. (Gambar
12)
Di ambang pintu bangunan utama tokong tertulis nama dewa utama, iaitu “Xuen Tian
Shang Di” (玄天上帝) manakala di kedua-dua belah pintu, terdapat dua rangkap puisi, iaitu ”
玄天护万德” dan “上帝降百祥”. (Gambar 13 & 14) Dua patah perkataan pertama dalam
kedua-dua rangkap tersebut sekiranya digabungkan ialah nama dewa utama yang
disembahyangkan di tokong itu. Erti kedua-dua rangkap tersebut ialah Xuan Tian Shang Di,
menjaga dan memelihara ketenteraman serta membawa nasib baik kepada pendudukpenduduk.
Pintu masuk bangunan utama terdiri daripada dua buah pintu kayu yang mempunyai
dua lukisan Dewa Pintu (Door God /門神) pada setiap satu. (Gambar 15) Di tokong-tokong
Cina dan kadangkala di rumah-rumah kuno keturunan Cina, dapat dijumpai lukisan dewadewa
pintu pada kedua-dua pintu hadapan tokong atau rumah. Tujuan utama lukisan-lukisan
itu ialah untuk menghalang pelesit-pelesit (evil spirits) daripada memasuki bangunan tersebut.
Dewa biasanya terdiri daripada pasangan, seorang pada setiap belah pintu. Dewa-dewa pintu
27
biasanya merupakan dua orang jeneral yang gagah berani pada zaman Dinasti Tang. Mereka
bernama Qin Shubao (秦叔宝) dan Yuchi Gong (尉迟恭). Maharaja Tang Taizong
(Maharajah kedua Dinasti Tang). Lagenda Cina mengatakan bahawa pada suatu masa,
Maharaja Tang Taizong telah diganggu oleh pelesit-pelesit dan kedua-dua jeneral tersebut
telah diarah untuk menjaga di pintu istana setiap malam supaya maharaja dapat tidur nyenyak.
Maharaja Tang Taizong bimbang kedua-dua jeneral terlalu penat lalu mengarahkan pelukis
melukis gambar mereka untuk dilekat pada pintu istana. Sejak masa itu, pelesit-pelesit tidak
mengganggu maharaja lagi. Oleh itu, rakyat biasa juga mengikut jejak langkah untuk melekat
atau melukis gambar kedua-dua jeneral itu di pintu besar rumah untuk menghalau segala
yang tidak diingini dari memasuki rumah.43
Di tokong Cina, biasanya altar dan patung dewa utama ditempatkan di tengah-tengah
ruang pemujaan. Bagi Tokong Ling San Keng, oleh sebab Xuen Tian Shang Di ialah dewa
utama tokong tersebut, altarnya ditempatkan di tengah-tengah ruang pemujaan. Bagi dewadewa
lain, seperti Zhao Da Yuan Shuai dan Hua Guang Da Di, patung-patung mereka
ditempatkan di kedua-dua belah patung Xuan Tian Shang Di di altar yang sama. Altar-altar
untuk dewa-dewa Fu De Bo Gong dan San Zhong Sheng Wang, masing-masing terletak di
kanan dan kiri altar dewa utama. Terdapat sebuah meja pemujaan di hadapan setiap altar di
mana bekas colok disediakan di atasnya.
Bekas colok di atas meja pemujaan Xuan Tian Shang Di dibuat daripada logam dan
diukir padanya perkataan-perkataan Mandarin (庚戌年六月初二日) mengenai tahun ia
diperbuat, iaitu 1910. (Gambar 16) Di tepinya ialah sebuah item yang berbentuk seperti
bunga teratai yang digunakan untuk menyalakan api. (Gambar 17) Ia digunakan untuk
43
Door God, 12 September 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

28
menyalakan colok. Bentuk bunga teratai adalah biasa kelihatan di tokong-tokong Cina kerana
ia melambangkan kebersihan dan kesucian. Perkataan teratai berbunyi “Lian” dalam bahasa
Cina yang bermaksud “berterusan”. Ia sentiasa digunakan dalam corak tradisional dengan
harapan yang baik.
Di atas bumbung bangunan utama tokong, terdapat ukiran dua ekor naga yang
menghadapi sebiji mutiara. Mutiara, juga dikenali sebagai mutiara syurga, merupakan simbol
matahari dan daya “Yang” (阳) atau tenaga. (Gambar 18) Naga-naga pula adalah lambang
kekuatan, keadilan dan kekuasaan.44 Di hadapan ukiran-ukiran itu, terdapat dua bulatan yang
masing-masing mewakili bulan dan matahari. Item yang berbentuk bulatan itu mewakili
bulan manakala bulatan dengan symbol “Yin-Yang” di tengah-tengahnya melambangkan
matahari. Kedua-dua motif (motives) tersebut berhubung kait dengan konsep “Yin-Yang”
dalam kepercayaan Taoism. Bulan melambangkan “Yin” manakala matahari melambangkan
“Yang” dan Taoism sangat menekankan keseimbangan dalam kehidupan harian. Dalam
Taoism, konsep “Yin-Yang” sangat diutamakan dan dipercayai bahawa Tao ialah
keseluruhan muktamad yang menentukan alam semesta dan “yin” dan “yang” ialah dua
bahagian separuh yang bertentangan bagi keseluruhannya. “Ying” dan “yang” merupakan
dua daya kembar yang berlawanan yang berjuang untuk keagungan. “Yin” dan “Yang”
mempunyai ciri-ciri yang berlawanan. Umpamanya, “yin” dianggap sebagai sejuk, gelap dan
perempuan manakala “yang” pula dianggap sebagai panas, terang dan lelaki. Kedua-dua daya
“yin” dan “yang” mendominasikan kewujudan semua item dan dari perjuangan dinamik dan
berkekalan, mereka menghasilkan syurga, bumi dan kemanusiaan. Syurga adalah “yang”
manakala bumi ialah “yin” dan interaksi mereka memberikan kuasa yang menghidupkan
44 Laurence Loh Kwong Yu & Loh Lim Lin Lee, Chinese Temple, “Traditional Architecture of the
Immigrant Communities”, the Encyclopedia of Architecture Vol. 5, Archipelago Press an imprint of Didier
Millet Pte. Ltd., 121, Telok Ayer Street, #03-01, Singpore 068590, 1998, hal. 51.
29
semua hidupan. “Yin” dan “yang” mempunyai ciri-ciri yang sentiasa berubah-ubah dan ini
bermakna sesuatu tidak menguasai (predominate) yang satu lagi. “Yin” dan “yang” juga
mempunyai manifestasi fizikal yang mempengaruhi semua aspek kehidupan, daripada
penyakit hingga ke kejadian politik.45
Dua tingkap pada bangunan utama tokong juga mempunyai rekabentuk “trigram” (八
卦atau “Ba gua dalam bahasa Mandarin) dengan symbol “yin-yang” di tengah-tengah.
(Gambar 19) Trigram ialah lapan gambarajah yang digunakan dalam kosmologi Taoism
untuk melambangkan prinsip kebenaran asas dan digambarkan sebagai satu siri lapan konsep
yang berhubung kait. Setiap satu terdiri daripada tiga garis, samada “putus-putus” atau “tidak
putus”, mewakili satu garis “yin” atau satu garis “yang” masing-masing. Trigram mempunyai
kaitan dengan astronomi, astrologi, geografi, geomansi, anatomi, keluarga dan sebagainya.46
Di satu sudut di sebelah kiri pavilion pemujaan, terletak sebuah cerobong
(furnace/incinerator) yang berbentuk “pagoda” (Gambar 20). Bangunan ini sebenarnya ialah
sebuah cerobong untuk penganut-penganut membakar wang kertas neraka (joss paper)
kepada dewa-dewa. Mengikut kepercayaan kaum Cina yang beragama Taosim, wang kertas
neraka itu dikatakan bertujuan digunakan oleh dewa-dewa dan nenek moyang yang
meninggal supaya mereka dapat memperoleh apa-apa yang diperlukan selepas meninggal
(afterlife). Bahagian atas cerobong di Tokong Ling San Keng berbentuk sebuah labu
(calabash / bottle gourd 葫芦) kerana dipercayai bahawa buah labu boleh menghalau hantu-
45 Martin Palmer, Taoist Beliefs and Practices, “World Religions”, Times Book , Harpe Collins Publishers,
Fulhan Palace Road, London W687B, 2002, hal. 188.
46 Ba gua, 14 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

30
hantu atau pelesit-pelesit dari sesebuah bangunan.47 Labu, dalam Taoism, juga merupakan
satu lambang Xian (immortal).48 Di samping itu, struktur cerobong yang berbentuk “pagoda”
yang tinggi juga membolehkan asap dapat keluar dengan lebih lancar dan tidak mencemarkan
udara yang berdekatan dengan lantai dan menyebabkan sesak nafas semasa pembakaran
wang kertas neraka. Demikian juga biasanya terdapat dua atau tiga lubang di bahagian bawah
cerobong supaya terdapat oksigen yang cukup untuk menjamin pembakaran wang kertas
neraka yang sempurna.
Di sebelah kiri bangunan utama tokong, terdapat sebuah kolam dan sebuah sangkar
yang terletak bersebelahan. Dua ekor kura-kura, seekor besar dan seekor kecil, dipelihara di
dalam kolam itu. (Gambar 21) Mengikut penjaga tokong itu, Encik Kan Swee On (Gambar
22), kura-kura yang besar itu telah dipelihara di situ sejak banyak tahun dahulu. Di sangkar
yang bersebelahan, dahulu dipelihara seekor ular. Tetapi, sejak beberapa tahun dahulu, ular
itu telah dilepaskan oleh pihak jawatankuasa pengurusan tokong kerana ular tersebut tidak
mahu makan makanan yang dibekalkan. 49 Kura-kura dan ular dipelihara di tokong itu
disebabkan oleh lagenda mengenai asal usul dewa utama tokong itu, iaitu Xuan Tian Shang
Di. Mengikut lagenda, pada zaman dahulu, terdapat seekor pelesit kura-kura dan seekor
pelesit ular yang mengancam kehidupan manusia dan Xuan Tian Shang Di telah berjaya
menawan mereka. Jadi, dalam gambarajah Xuan Tian Shang Di, biasanya digambarkan
47 “应用”, 葫芦, 01 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc, http://en.wikipedia.org/wiki/Calabash >
48 “Other Cultural Uses”, Calabash, 28 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia
Foundation, Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Calabash>
49 Wawancara bersama dengan Encik Kan Swee On, Tokong Ling San Keng, Kangkar Tebrau, 12.30 tengahari
30-12-2009.
31
seekor ular dijejak oleh kaki kanan dan seekor kura-kura dijejak oleh kaki kiri Xuan Tian
Shang Di.50
Di satu sudut di sebelah kanan pavilion pemujaan, terdapat sebuah perigi yang lama.
(Gambar 23) Mengikut seorang penduduk tua tempatan, Encik Fong Gui Qin (冯贵勤)
(Gambar 24),pada masa Kangkar Tebrau diteroka, bekalan air dan eletrik belum ada.
Kehidupan penduduk-penduduk (berjumlah lebih kurang 5000 orang) di situ sangat
bergantung kepada air perigi. Air yang diperoleh dari perigi-perigi, melainkan perigi lama
tersebut, yang digali di Kangkar Tebrau tidak sesuai diminum disebabkan air dari perigiperigi
itu dicemari oleh minyak. Ini merupakan satu perkara yang aneh kepada pendudukpenduduk
pada masa itu. Oleh itu, sungguhpun penduduk-penduduk tempatan tidak lagi
memerlukan sumber air perigi pada masa sekarang, tetapi perigi tersebut masih dikekalkan.
Perigi itu telah ditutup dengan batang besi demi keselamatan.51
2.7 Peninggalan-Peninggalan Bersejarah di Ling San Keng
Sungguhpun tokong tersebut mempunyai sejarah yang panjang, tetapi besar
kemungkinan disebabkan kerja membaikpulih yang sering dijalankan, bilangan barangbarang
peninggalan yang mempunyai nilai sejarah adalah terhad. Antara barang-barang
peninggalan yang masih ada di dalam tokong itu terdiri daripada dua keping papan tanda
yang tertulis “Xuan Tian Shang Di” (玄天上帝) dan “ 帝德扶持,同治甲戌年桂月吉立,
沐恩治子洪和文喜敬” (1874) , (Gambar 25), sebuah “Gu Qing” (古罄) (Gambar 26),
50 “Depiction”, Xuan Wu (God), 26 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Xuan_Wu_(god)>
51 Wu Hua,“一条河一口井孕育全村人- 陈错港的历史Penggantungan Kehidupan Penduduk Kepada Sebatang
Sungai dan Sebuah Perigi”, Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor
Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 30
32
sebatang tiang melintang yang terukir “中华民国壬子年壬子月庚申日已卯, 弟子林汝义
同合港同众商重修壳旦” (1912), sebuah papan tanda untuk mengingati perasmian Tokong
Ling San Keng oleh Menteri Besar Johor pada tahun 1969, dua buah kerusi, sebuah loceng
lama dan sebilah pedang.52
Papan melintang “Xuan Tian Shang Di” (玄天上帝) (Gambar 25) dan “Gu Qing” (古
罄) (Gambar 26) adalah dipercayai telah sedia ada di tokong itu pada tahun 1844 (iaitu tahun
Kapitan Chen Kai Shun meneroka Kangkar Tebrau bersama-sama buruh-buruh China). Pada
awalnya , tahun papan melintang tersebut dipasang adalah tercatat pada papan itu tetapi
bahagian papan melintang yang tertulis “tahun” itu telah dikerat disebabkan papan melintang
telah reput. Begitu juga terdapat dua perkataan Cina “日” (Hari) dan “月” (Bulan) diukir pada
“Gu Qing”. Bagaimanpun, bahagian “Gu Qing” yang terukir “月” telah patah dan kehilangan
dan sekarang hanya kelihatan bahagian yang terukir “日”. “Gu Qing” adalah sejenis alat
muzik yang berfungis seperti “loceng” semasa upacara pemujaan dewa atau perarakan.
Tokong Ling San Keng pernah dibaikpulih sebanyak 3 kali. Kali pertama dijalankan
pada tahun 1874. Sebuah papan melintang (牌匾,”Pai Bian”) dengan perkataan-perkataan
Cina ”帝德扶持” telah digantung pada dinding tokong sehingga sekarang untuk mengingati
peristiwa itu. Empat perkataan Cina itu bermaksud ”dewa merestui keamanan, keselamatan,
kesihatan dan kehidupan harian penduduk-penduduk”. Perkataan “同治甲戌年” pada papan
melintang itu bererti tahun ke-13 pemerintahan Maharaja Tong Zhi semasa Dinasti Qing,
iaitu 1874. (Gambar 27) Papan melintang itu diderma oleh seorang penganut bernama Hong
He Wen. Penghadiahan “Pai Bian” ialah satu tradisi masyarkat Cina di mana apabila
52 Wu Hua,“Rumah Berhala Xuan Tian Shang Di Yang Terlama di Johor Bahru”, Sejarah Kangkar Tebrau,
Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 71.
33
seseorang berpindah ke sebuah rumah baru atau menjalankan kerja baikpulih atau kerja
naiktaraf sesebuah bangunan, “Pai Bian” atau papan peringatan akan dihadiahkan kepada
tuan rumah atau jawatankuasa pengurusan sesebuah pertubuhan atau pihak pengurusan
bangunan tersebut sebagai tanda tahniah atau tanda peringatan. Papan melintang tersebut
merupakan barang peninggalan terulung yang terukir tahun pembuatannya yang masih
dijumpai di tokong itu.
Pada tahun 1911, kerja baikpulih kali kedua dijalankan ke atas Tokong Ling San
Keng. Antara tiang-tiang melintang kayu yang dipasang pada berdekatan dengan bumbung
tokong itu, terdapat sebatang tiang melintang itu yang ditulis “中华民国壬子年壬子月庚申
日已卯, 弟子林汝芝同合港同众商重修壳旦”. “中华民国壬子年” bermakna tahun ke-2
penubuhan Republik Cina, iaitu than 1912. (Gambar 28) Perkataan-perkataan tersebut ditulis
pada tiang melintang tersebut diderma oleh penganut yang bernama Lim Ru Yi bersamasama
peniaga-peniaga dan penduduk-penduduk tempatan Kangkar Tebrau untuk menghargai
sumbangan dan sokongan masyarakat Cina tempatan dalam usaha untuk memajukan kegiatan
dan perkembangan tokong tersebut.53
Dalam tahun 1880-an, belum terdapat bekalan elektrik dan air di Kangkar Tebrau.
Kehidupan penduduk-penduduk sangat bergantung kepada air perigi dari sebuah perigi yang
terletak di tepi tokong itu. Air perigi yang diperoleh dari perigi-perigi lain tidak boleh
diminum kerana air mengandungi banyak minyak. Hanya air dari perigi tersebut bersih dan
tidak dicemari oleh minyak dan gejala ini boleh dianggap sebagai satu perkara yang aneh.54
53 Wu Hua,“Kenyataan Sejarah Ling San Keng oleh Hong De Rong”, Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa
Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 59
54 Wu Hua,“一条河一口井孕育全村人Sebatang Sungai dan Sebuah Perigi Menyara Penduduk Seluruh
Kampung”, 陈厝港方誌Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor
Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 31.
34
Di bawah bumbung tokong itu, terdapat sebatang tiang melintang mengingati kerja
membaikpulih tokong pada 1911.55
Di Tokong Ling San Keng, masih terdapat sebilah pedang (dipanggil 宝剑 “Bao Jian”
dalam Bahasa Cina). Mengikut legenda, pedang itu dikatakan pernah digunakan oleh dewa
Xuan Tian Shang Di dan berusia lebih daripada 100 tahun. Mengikut Encik Soh Lian Kau
(Gambar 29), corak badan pedang itu agak luarbiasa dan bahagian pegang pedang itu diukir
dengan corak tertentu. Walau bagaimanapun, pedang tersebut tidak diukir dengan apa-apa
perkataan untuk membuktikan usianya. (Gambar 30) Pedang ini melambangkan pedang yang
dipegang oleh dewa Xuan Tian Shang Di, seperti yang diterangkan di bahagian “Latar
Belakang Dewa-Dewa”.56
Cambuk Suci (sacred whip, 法绳) (Gambar 31) merupakan satu alatan yang
digunakan oleh paderi Taosim untuk menghalau pelesit-pelesit dan semasa menyampaikan
mesej dewa. Ia merupakan seutas tali yang sepanjang lebih kurang 20cm dengan ketebalan
kira-kira 3cm. Tali ini disambungkan kepada seutas tali guni sepanjang kira-kira 1m yang
digulung untuk membentuk badan ular dan ekor ular atau badan naga atau ekor naga. Tali
guni itu kemudian disambungkan kepada sebatang kayu yang berbentuk kepala ular atau
kepala naga.57
55 “中华民国壬子年壬子月庚申日已卯, 弟子林如艺同合港同众商重修壳旦”, 中华民国壬子年壬子月
bermakna tahun 1911
56 Wawancara bersama dengan Encik Soh Lian Kau (Bendahari Jawatankuasa Tokong Ling San Keng), Tokong
Ling San Keng, Kangkar Tebrau,11.30 am 23-09-2009.
57 Ong Seng Huat, Alatan-alatan Taoism, “Introduction to Taoism”, Yin Pin Multimedia Communication
Centre, Selangor, 2001, hal. 138.
35
2.8 Latar belakang Dewa-Dewa di Tokong Ling San Keng
Sesungguhnya, dewa utama yang disembahyang di Tokong Ling Shan Keng ialah
Xuen Tian Shang Di, Kedudukan patung dewa ini terletak di tengah-tengah kawasan
sembahyang (shrine). Dewa-dewa lain ialah Zhao Da Yuan Shuai (赵大元帅), Hua Guang
Da Di (华光大帝), San Zhong Sheng Wang (三忠圣王) dan Fu De Bo Gong (福德伯公)
(kadangkala juga digelar Fu De Zheng Shen 福德正神).
Kedudukan altar dewa-dewa dalam tokong Lin San Keng adalah seperti berikut :
Dewa utama tokong, iaitu patung Xuan Tian Shang Di terletak di tengah-tengah
tokong dan berhadapan dengan pintu utama. Di sebelah kiri ialah Hua Guang Da Di dan San
Zhong Sheng Wang manakala di sebelah kanan ialah Zhao Da Yuan Shuai dan Fu De Bo
Gong. Yang anehnya ialah terdapat satu papan peringatan (神位“shen wei atau 神主牌“shen
zhu pai “atau spirit tablet) yang tertulis nama 陈开顺 (Chen Kai Shun) di sisi patung Fu
De Bo Gong. Sebelum itu, papan peringatan dengan nama Chen Kai Shun tidak kelihatan di
36
dalam tokong itu. Papan peringatan Chen Kai Shun ini hanya ditempatkan di kedudukan
sekarang sejak 1989, atas cadangan Encik Fong Shi Xiang, bekas ahli Jawatankuasa
Pengurusan Tokong Ling San Keng.58 Dalam kebudayaan kaum Cina, apabila seseorang itu
meninggal, zuriat atau anak cucunya akan mendirikan sebuah papan peringatan dengan nama
si mati itu diukir padanya dan diletakkan di atas altar untuk disembahyangkan. Dalam Taoism,
papan peringatan itu bertindak sebagai ganti patung bagi nenek moyang. Sungguhpun
kebanyakan dewa-dewi diwakili oleh patung-patung dalam tokong-tokong, tetapi kadangkala
juga kelihatan papan-papan peringatan itu digunakan untuk menggantikan patung dewa-dewi.
Adalah dipercayai oleh kaum Cina bahawa roh-roh nenek moyang atau semangat dewa-dewi
juga tinggal di papan-papan peringatan tersebut.59 Antara kangcu-kangcu di negeri Johor,
hanya Tan Kee Soon yang menikmati kebanggaan demikian. Tujuannya ialah untuk
mengingati dan memuji jasa bakti beliau dalam meneroka dan memajukan Kangkar Tebrau
dan Johor Bahru.
1. Xuan Tian Shang Di 玄天上帝
(a) Pengenalan
Xuan Tian Shang Di (Gambarajah 1 & Gambar 32) merupakan dewa utama di
Tokong Ling San Keng. Di Johor Bahru, Xuan Tian Shang Di disambut dan
disembahyangkan terutamanya oleh kaum Cina keturunan Teochew. Xuan Tian Shang Di
mempunyai beberapa gelaran seperti Xauan Wu Da Di (玄武大帝, The Dark Martiality),
Zhen Wu Da Di (真武大帝,The Dark/Mysterious Heavenly Upper Emperor),Bei Di
58
Shuqing Xiang: Chen Kai-shun life feat was certainly “Persejarahan Masyarakat Teochew”,

59
Spirit Tablet, 22 August 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc, ,<
http://en.wikipedia.org/wiki/Spirit_tablet>
37
(北帝, The Northern Emperor) dan sebagainya.60 Semasa Dinasti Qing, Xuan Tian Shang Di
digelar Yuan Tian Shang Di kerana perkataan “Xuan” (玄) adalah salah satu pekataaan dalam
nama Maharaja KangXi, iaitu Aixin-Jueluo Xuanye (爱新觉罗玄烨).61 Mengikut undangundang
pada masa itu, nama maharaja tidak boleh digunakan oleh sesiapa pun. Nama
seseorang mesti diubahsuai atau ditukar sekiranya keadaan ini terjadi. Xuan Tian Shang Di
merupakan salah seorang dewa Taoism yang berpangkat tinggi. Dia sangat dihormati sebagai
dewa yang berkuasa, berkeupayaan untuk mengawal api dan dihormati oleh golongan seni
mempertahankan diri (martial artist). Xuan Tian Shang Di sangat dihormati oleh maharajamaharaja
Dinasti Ming (1368 – 1644) sebagai dewa pelindung negara dan dewa perang.
Pemerintahan Dinasti Ming telah membina banyak tokong Xuan Tian Shang Di dan
dikelolakan oleh pihak kerajaan. Xuan Tian Shang Di dipercayai berkebolehan menolong
umat manusia mengelakkan malapetaka dan masalah yang kena-mengena dengan air (banjir
atau pelayaran) dan api (kebakaran) dan meningkatkan keupayaan peperangan dan
memanjangkan hayat.62
(b) Legenda latarbelakang Xuan Tian Shang Di
Terdapat dua legenda mengenai latarbelakang Xuan Tian Shang Di. Pertama, dia
dikatakan bahawa berasal sebagai seorang putera dari negeri Jing Le di utara Hebei semasa
pemerintahan Emperor Kuning (黄帝, Yellow Emperor). Semasa dia sedang membesar, dia
berasa sedih dan susah hati terhadap kehidupan rakyat jelata. Dia pun meninggalkan istana
dan pergi ke sebuah bukit yang terpencil, Wudang Mountains ( 武当山) untuk betapa,
60 Xuan Wu, 12hb. November 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

61 Asal Usul Lima Dewa di Tokong Lama Johor Bahru, China Press, 11hb Februari 2009, hal. D11.
62玄天上帝, 23hb.Oktober 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc, <
http://en.wikipedia.org/wiki/Xuan_Wu_(god) >
38
mengkaji Taosim dan mencari kebenaran. Selepas 44 tahun, dia telah berjaya dan naik ke
syurga dan dilantik untuk menjaga urusan di bahagian utara bumi.
Legenda yang kedua menyatakan bahawa Xuan Tian Shang Di sebenarnya ialah
seorang penjual daging yang telah menyembelih banyak binatang tanpa sebarang kesalan.
Apabila masa berlalu dan umurnya semakin lanjut, dia mula berasa kesal atas kegiatan
hariannya dan berhenti bekerja sebagai penjual daging lalu pergi ke sebuah bukit yang
terpencil untuk mempelajari Taoism. Pada suatu hari, semasa dia membantu seorang wanita
untuk bersalin dan membersihkan kesan-kesan darah pada pakaian wanita di sepanjang
sebatang sungai, air sungai kelihatan keemasan. Wanita tersebut sebenarnya ialah Dewa
Guan Yin (观音, Goddes Guan Yin). Demi menebus dosanya, dia telah mengeluarkan dan
mencuci perut dan ususnya dengan air sungai. “Jade Emperor” telah terharu dengan
keikhlasannya untuk menebus dosanya dan dia telah dijadikan dewa yang digelar “Xuan Tian
Shang Di”.63
Atas kepercayaan tersebut, Xuan Tian Shang Di dipuja terutamanya oleh pengusahapengusaha
yang terlibat dalam perniagaan daging dan penyembelihan sebagai dewa
pelindung perniagaan. Oleh itu, patung Xuan Tian Shang Di selalu kelihatan di pasaran
penjualan daging dan pusat penyembelihan. 64
(c) Illustrasi Xuan Tian Shang Di
Xuan Tian Shang Di biasanya digambarkan sebagai seorang pahlawan gagah yang
memakai jubah diraja. Tangan kirinya memegang sebuah materai yang berbentuk “tiga-
63
Stories, “Xuan Wu God”, 12 November 2009 , Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Xuan_Wu_(god)>
64由來與信仰功能, “玄天上帝”,23 October 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia
Foundation, Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Xuan_Wu_(god)>
39
gunung” manakala tangan kanannya memegang sebilah pedang. Mengikut legenda, pedang
itu dikatakan telah dipinjam dari seorang dewa lain, Bao Sheng Da Di (保生大帝) untuk
menangkap pelesit (evil spirit) kura-kura dan pelesit ular. Selepas kedua-dua pelesit tersebut
telah dikalahkan, Xuan Tian Shang Di tidak mengembalikan pedang tersebut kepada Bao
Sheng Da Di. Dia terus memegang pedang itu kerana dia bimbang sekiranya dia melepaskan
pedang itu, pedang itu akan secara otomatik balik ke tangan tuanpunya asal. Selepas Xuan
Tian Shang Di menyaksikan keupayaan pedang itu untuk mengalahkan pelesit kura-kura dan
pelesit ular, dia enggan mengembalikannya kepada Bao Sheng Da Di kerana dia bimbang dia
tidak dapat mengawal kedua-dua pelesit itu sekiranya dia tidak mempunyai pedang itu.
Setengah-setengah gambar melakarkan Xuan Tian Shang Di duduk di atas sebuah
singgahsana dengan kaki kanannya menjejak pada seekor ular sementara kaki kirinya
menjejak pada seekor kura-kura. Mukanya biasanya adalah merah dengan mata berbenjol.
Penganut-penganut merayakan hari jadi Xuan Tian Shang Di pada hari ke-3 bulan ke-3
kalendar lunar Cina.
2. Hua Guang Da Di 华光大帝
Hua Guang Da Di kadangkala digelar Ling Guan Marshal Ma (灵官马元帅),Ling
Guan Tiga Mata, Heavenly King Huang Guang (华光天王) atau Ma Tian Jun (马天君).
Dia merupakan salah satu dewa penting dalam Taoism. Mengkut kepercayaan, namanya ialah
Ma Ling Yao (马灵耀) dan oleh sebab dia mempunyai tiga mata, dia juga digelar Raja Tiga
Mata Ma (马王爷三只眼). Mata ketiganya tumbuh di antara dua kening.65(Gambar 33)
65
华光大帝, Baike Baidu (百度百科),< http://baike.baidu.com/view/621745.htm>
40
Mengikut rekod kitab-kitab Taoism, Hua Guang Da Di pernah menyelamatkan ibunya
dari neraka dan kemudian dilantik oleh Maharaja Jed (The Jade Emperor, 玉皇大帝) 66
sebagai seorang panglima di bawah perintah Xuan Tian Sahng Di untuk menjaga syurga
disebabkan dia seorang yang gagah. Senjata Hua Guang Da Di ialah seketul batu-bata emas
dan dia berkeupayaan menggunakan api untuk menawan hantu-hantu. Oleh itu, masyarkat
Cina juga menganggap dia sebagai dewa api dan memujanya untuk mengelakkan kemalangan
yang melibatkan kebakaran atau api. Adalah dipercayai bahawa hari jadi Hua Guang Da Di
jatuh pada hari ke-18 bulan ke-9 kalendar Lunar Cina.
Hua Guang Da Di biasanya dipuja oleh golongan yang terlibat dalam bidang tembikar,
perniagaan mendirikan pentas opera, dan terutamanya opera Kantonis. Pentas opera kantonis
biasanya dibina daripada kayu buluh, papan kayu dan kepingan besi serta dihiasi dengan
kain-kain dan lampu-lampu yang berwarna-warni. Pada zaman dahulu, semasa bekalan
elektrik belum digunakan, lilin-lilin dan tanglung-tanglung digunakan untuk menyinarkan
pentas. Jadi, adalah menjadi kebiasaan kebakaran selalu berlaku di pentas opera. Rekod
sejarah pada tahun ke 32 pemerintahan Qian Long Dinasti Qing (1768), kebakaran yang
berlaku di pentas opera di Foshan, Wilayah Kwangtong, telah meragut beratus-ratus nyawa
penonton. Oleh kerana Hua Guang Da Di ditugaskan menjaga hal ehwal api, senimanseniman
opera Kantonis memuja Hua Guang Da Di untuk mengelakkan kemalangan dan
menjamin kesejahteraan.67
66
Maharaja Jed, 2 November 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc, <
http://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Jed>. “Maharaja Jed (bahasa Cina: 玉皇; pinyin: Yù Huáng atau 玉帝,
pinyin: Yù Dì), dalam kepercayaan Tao, ialah pemerintah Syurga dan segala alam kewujudan di bawahnya
termasuk alam Manusia dan Neraka menurut mitos Cina. Maharaja inilah salah satu dewa yang terpenting dalam
kepercayaan Tao Cina.”
67
“ 粤剧祖师华光大帝”, 岭南文化频道,
41
3. Zhao Da Yuan Shuai 赵大元帅
Zhao Da Yuan Shuai, kadang-kadang juga digelar Zhao Xuan Dan, bernama Zhao
Gong Ming dan berasal dari Gunung Zhong Nan. Mengikut kepercayaan, pada akhir Dinasti
Han, semasa China berada dalam keadaan huru-hara, dia telah menjauhkan diri dari dunia
kebendaan dan hidup di kawasan pedalaman. Dia pernah membantu Zhang Dao Ling (张道
陵天师) menjaga tokongnya. Maharaja Jed telah melantik dia sebagai Zheng Yi Xuan Dan
Zhao Da Yuan Shuai (正一玄壇赵元帅).
Mengikut rekod buku bejodol San Jiao Yuan Liu (三教源流), Zhao Da Yuan
Shuai mempunyai pengikut-pengikut seperti Lapan Jeneral Raja (八王猛将), Dewa Enam
Bisa (六毒大神), Dewa Guruh dan Petir (五方雷神)dan Dua PuluhLapan Jeneral (廿
八将军). Mengikut sebuah lagenda lagi (封神榜), Zhao Da Yan Shuai ialah seorang jeneral
berani yang berkhidmat kepada Dinasti Shang untuk membenteras pemberontakan negara
feudal Chao terhadap pemeritahan Dinasti Shang. Dia telah terkorban dalam peperangan dan
telah dilantik sebagai Dewa Kekayaan (Cai Shen). Juga dipercayai bahawa Zhao Da Yuan
Shuai dapat membantu peniaga-peniaga mendapat keuntungan dan kekayaan dari perniagaan
secara adil. Jadi, Zhao Da Yuan Shuai juga dipuja oleh masyarakat Cina sebagai Dewa
Kekayaan (Wu Cai Shen, 武财神). Penganut-penganut menyambut harijadi Zhao Da Yuan
Shuai pada haribulan ke-15 bulan ke-3 kalendar lunar Cina.68
68
众神详文及我的图片分享, 27-6-2007 ,

42
4. Fu De Bo Gong 福德伯公
Fu De Zheng Gong, kadangkala juga digelar Fu De Zheng Shen atau Tu Di Gong
(土地公), bermakna dewa bumi yang menguruskan kekayaan dan memantau kerja amal
(merit) manusia.
Di China, terdapat tempat sembahyang atau altar Fu De Zheng Gong di setiap
kampung. Pada zaman dahulu, kegiatan ekonomi kampung-kampung terutamanya melibatkan
pertanian atau aktiviti-aktiviti yang dipengaruhi oleh cuaca. Penduduk-penduduk kampung
memuja dewa tersebut supaya kebuluran dan kemarau dapat dielakkan. Boleh dikatakan
bahawa pada masa kini, kebanyakan keluarga Cina yang berkepercayaan Taoism juga
mendirikan sebuah altar di dalam rumah atau di halaman rumah untuk memuja dewa tersebut.
Lazimnya, altarnya terletak di bawah altar utama dewa-dewa lain atau di atas lantai di tepi
pintu rumah. Penganut-penganut Taoism memuja dewa itu untuk menjamin kekayaan dan
kesejahteraan hidup. Fu De Zheng Gong digambarakan sebagai seorang lelaki tua dengan
janggut putih, memakai sebuha topi hitam atau keemasan dan sehelai jubah merah atau
kuning, yang menandakan kedudukannya sebagai seorang birokrat. Tangan kanannya
memegang sebuah benda kayu manakala tangan kirinya memegang seketul jongkong emas
(golden ingot).69
5. San Zhong Sheng Wang 三忠圣王
San Zhong Sheng Wang (三忠圣王) sesungguhnya bukan dewa. Sebaliknya ia
mewakili tiga orang pegawai yang setia pada akhir zaman Dinasti Song (tahun 960 – 1279) di
69 Tu Di Gong, 29 October 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

43
China. Mereka ialah Perdana Menteri Kiri (tahun 1276) Wen Tian-Xiang (文天祥), Perdana
Menteri Kiri (tahun 1278) Lu Xiu-Fu(陆秀夫)70dan Jeneral Zhang Shi-Jie(张世杰). Pada
masa itu, bahagian China di utara Sungai Yangtze telah ditakluki oleh Tentera Mongolia dan
Kublai Khan sedang merancang untuk menguasai seluruh China. Semasa kempen menentang
serangan tentera Mongolia ke atas ibunegara Song Selatan, iaitu Lin-an (临安) (sekarang
Hang-zhou 杭州) , ketiga-tiga pegawai tersebut telah mengerahkan 10000 orang
sukarelawan untuk menentang lawan. Selepas ibunegara jatuh ke tangan tentera Mongolia,
mereka pun berundur ke wilayah-wilayah pantai, seperti Zhe-jiang (浙江), Fu-jian (福建)
dan Guang-dong (广东) untuk terus berperang dengan tentera Mongolia.
Malangnya, Wen Tian-xiang telah ditawan oleh tentera Mongolia akibat kekalahan
peperangan. Semasa di dalam penjara, rejim Mongolia (Dinasti Yuan) cuba memujuk beliau
menyerah kalah melalui pelbagai cara, seperti ugutan dan rasuah, tetapi beliau sekalipun tidak
dipengaruhi. Pada masa itu juga, beliau telah menggubah sebuah puisi “Zheng Qi Ge” (正气
歌,Song of Righteousness) yang meluahkan semangat taat setia dan patriotiknya kepada
negara dan bangsa. Beliau akhirnya dipancung oleh Dinasti Yuan.71
Berkenaan dengan Lu Xiu-fu dan Zhang Shi-jie, kedua-duanya terus menyokong
kerajaan Dinasti Song Selatan di Ya-san (崖山) di wilayah Guang-dong. Akhirnya, pada
tahun 1279, tentera Mongolia menyerang dan menawan Ya-san. Lu Xiu-fu mendukung
maharaja muda Zhao-bin dan melompat ke dalam laut bersama-sama keluarganya dan askaraskarnya
yang enggan menyerah. Zhang Shi-jie pula mati lemas semasa berperang dengan
70 “Lu Xiu-fu”, 14 Februari 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc, <
http://id.wikipedia.org/wiki/Lu_Xiufu>
71 “Wen Tian-xiang”, 15 December 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc, <
http://en.wikipedia.org/wiki/Wen_Tianxiang>
44
tentera Mongolia kerana kapalnya karam di laut. Rakyat jelata menghormati serta mengenang
ketaatan dan sumbangan tiga orang pegawai Song yang patriotik itu. Mereka telah
mendirikan tokong-tokong di China untuk memuja mereka sebagai 3 orang tokoh patriotik
Dinasti Song serta menyebarkan semangat patriotik mereka.72 Ketiga-tiga orang juga telah
diberi gelaran “tiga pahlawan penghujung Song”. (宋末三杰)73
Di setengah-setengah tokong Cina, ketiga-tiga tokoh tersebut digambarkan sebagai
tiga patung yang berlainan. Walau bagaimanapun, dalam Tokong Ling San Keng di Kangkar
Tebrau, mereka dipuja sebagai sebuah patung sahaja kerana ada penganut-penganut percaya
ketiga-tiga mereka telah bersebati sebagai satu entiti kerana kepahlawanan dan ketaatan
mereka untuk mempertahankan negara.
6. “Spirit Tablet” Kapitan Chen Kai Shun
Di sebelah patung “Fu De Zheng Gong”, kelihatan sebuah “spirit tablet” yang diukir
nama Kapitan Chen Kai Shun dalam bahasa Cina. “Spirit Tablet” tersebut ditempatkan di
tokong ini sebagai sebuah kawasan sembahyang untuk beliau pada 1989. (Gambar 37) Pada
hari pertama bulan ketujuh kelendar Lunar setiap tahun, upacara memuja beliau akan
diadakan sejak 1989 untuk memperingati jasa bakti beliau dalam usaha membangunkan
Kangkar Tebrau dan seterusnya Johor Bahru. Antara kangcu-kangcu di negeri Johor, hanya
Kapitan Chen Kai Shun seorang sahaja yang menikmati kebanggaan tersebut.
72 Ibid.
73 “Lu Xiu-fu”, 14 Februari 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc, <
http://id.wikipedia.org/wiki/Lu_Xiufu>
45
BAB 3 KEGIATAN TOKONG
Tokong Ling San Keng mengadakan pelbagai kegiatan setiap tahun. Setengahsetengahnya
dijalankan sekali setahun manakala sesetengahnya dijalankan setiap minggu atau
beberapa kali setahun.
Kegiatan-kegiatan yang dijalankan adalah seperti berikut :
3.1 Perayaan Menyambut Hari Jadi Dewa Xuan Tian Shang Di
Pada hari ke-3 bulan ke-3 kalendar lunar Cina, jawatankuasa pengurusan Tokong
Ling San Keng akan mengadakan kegiatan untuk menyambut hari jadi dewa utama tokong
tersebut, iaitu Xuan Tian Shang Di. Biasanya, kegiatan tersebut mengambil masa selama 3
hingga 4 hari. Opera akan dijemput untuk menyampaikan persembahan dan jamuan juga
diadakan. Penganut-penganut bukan sahaja datang dari daerah Kangkar Tebrau tetapi juga
dari daerah-daerah lain di negeri Johor. Mereka sama-sama menggemblengkan tenaga dan
menderma wang untuk menjayakan kegiatan tahunan tersebut. Melalui kegiatan tersebut,
penduduk-penduduk setempat berpeluang untuk berkumpul bersama-sama dan mengeratkan
hubungan antara satu sama lain.
Kegiatan menyambut hari jadi Xuan Tian Shang Di juga member peluang kepada
jawatankuasa pengelola tokong untuk mengutip derma supaya keadaan kewangan tokong
terjamin dan stabil. Di samping itu, sempena kegiatan ini, biasanya jawatankuasa tokong juga
akan mengambil peluang ini untuk menderma dalam bentuk kewangan kepada sekolah46
sekolah dan rumah-rumah kebajikan. Ini merupakan salah satu daripads sumbangan tokong
tersebut terhadap masyarakat.
3.2 Perarakan Tokong Kuno Johor
Pada zaman Johor Bahru mula diteroka, iaitu pada tahun 1850-an, perarakan dewadewa
dijalankan di Johor Bahru pada tempoh perayaan Tahun Baru Cina setiap tahun.
(Gambar 39) Perarakan itu dijalankan selama 5 hari. Terdapat 5 dewa yang terlibat dalam
perarakan tersebut. Pada masa sekarang, perarakan ini adalah dikelolakan oleh Tokong Lama
Johor (Johor Bahru Old Temple, 柔佛古庙). Tetapi, sebelum Tokong Lama Johor wujud, 4
dewa yang ada di Tokong Lama Johor itu dikatakan adalah berasal dari Tokong Ling San
Keng, Kangkar Tebrau. Kelima-lima dewa tersebut mewakili kumpulan dialek terbesar kaum
Cina pada masa itu. Antaranya Xuan Tian Shang Di, Hua Guang Da Di dan Zhao Da Yuan
Shuai dijemput dari Tokong Ling San Keng manakala Gang Tian Da Di dari sebuah tokong
lagi di Kangkar Tebrau, iaitu Tokong Tian Cun Gong yang berhadapan dengan Tokong Ling
San Keng.74
Pada masa itu di Johor Bahru, kumpulan-kumpulan dialek kaum Cina yang berlainan
memuja dewa-dewa yang berlainan. Umpamanya, kumpulan Teochew memuja Xuan Tian
Shan Di, kumpulan Hainan memuja Zhao Da Yuan Shuai, kumpulan Kantonis memuja Hua
Guang Da Di dan kumpulan Hakka memuja Gang Tian Da Di. Semasa perayaan perarakan
itu, patung-patung dewa-dewa tersebut akan dihantar ke Johor Bahru untuk menyertai
perarakan. Kegiatan itu juga memberi peluang kepada kangcu-kangcu yang berselerak di
seluruh Johor untuk bertemu dan berinteraksi. Setiap kangcu akan menghantar perahu-perahu
74 Wu Hua,“Interview Hong De Rong (洪德荣)”, Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan
Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 60.
47
atau kapal-kapal kecil dan membawa sepasang tanglung untuk menyertai kegiatan itu. 75
Peserta-peserta membawa lampu-lampu yang dibuat daripada kertas plastik dan buluh dan
tertulis perkataan “cili”, “gambir”, “nanas”, “getah” dan nama-nama makanan seperti beras,
jagung dan sebagainya. Adalah dipercayai bahawa ini akan membawa tuah, kesenangan
kepada kehidupan dan hasil tanaman yang lumayan dalam tahun yang akan datang.
3.3 Fuji atau Fuluan (Planchette Writing扶箕 / 扶乩 / 扶鸞)
Fuji atau Fuluan ialah satu cara penulisan semangat (spirit writing) atau penulisan
plancet (planchette writing) yang biasanya dilakukan di tokong-tokong Taoism. Satu penapis
atau sebatang kayu digunakan untuk menulis perkataan-perkataan Cina pada pasir atau abu
colok. Kegiatan tersebut dijalankan pada malam setiap hari Jumaat dari pukul 7.30 malam di
Tokong Ling San Keng. 76 Penulisan “Fuji” melibatkan perkataan-perkataan atau
perbendaharaan kata khas. Ia merupakan satu cara digunakan secara meluas dalam
masyarakat Cina yang beragama Taoism untuk membuat ramalan (divination). Lazimnya,
apabila seseorang itu menghadapi sesuatu masalah yang tidak dapat diselesaikan atau
menemui kegagalan dalam kehidupan harian atau ingin mendapat panduan atau ramalan
tentang sesuatu tindakan, dia mungkin akan tampil untuk meminta pedoman dewa melalui
cara itu.
Aktiviti ini melibatkan beberapa orang peserta yang dikatakan memiliki keupayaan
tertentu. Dua orang (atau kadangkala seorang) lelaki yang memegang penapis atau stilus
(stylus) itu (Gambar 40) dikenali sebagai “tangan plancet” (planchette hand , jishou 乩手),
tetapi hanya seorang dikatakan dipunyai oleh dewa (ostensibly possessed by a spirit; god or
75 柔佛古庙游神,
76 Wawancara bersama dengan Encik Soh Lian Kau (Bendahari Jawatankuasa Tokong Ling San Keng), Tokong
Ling San Keng, Kangkar Tebrau,11.30 am 23-09-2009.
48
immortal; transcendent). Pembantu-pembantunya termasuk seorang (dikenali sebagai level
sand,“ pingsa 平沙”) yang ditugaskan untuk meratakan permukaan pasir dalam sebuah
takung, seorang pembaca plancet (planchette reader, “ dujizhe 读乩者”) yang
menterjemahkan perkataaan-perkataan yang ditulis, dan seorang lagi yang mencatatkan
maknanya (planchette copyist, “ chaojizhe 抄乩者” ). (Video) Stilus dipasang pada
bahagian bawah seketul kayu berwarna merah yang diukir bentuk kepala naga pada satu
hujung manakala hujung kayu satu lagi merupakan tiga cabang yang membolehkan stilus ini
menegak di atas meja.77
3.4 Sambutan Ulangtahun ke-155 Pembukaan Kangkar Tebrau
Tahun 1999 merupakan tahun yang amat bermakna kepada Kangkar Tebrau
kerana ia merupakan ulangtahun ke-155 pembukaan Kangkar Tebrau. Pada 1844, Kapitan
Chen Kai Shun telah mendapat Surat Sungai dan membawa anan-anak buahnya dari
Singapura ke Johor untuk meneroka Kangkar Tebrau. Pada 10-09-1999, upacara perasmian
sambutan tersebut telah diadakan di Tokong Ling San Keng, Kangkar Tebrau dan kebetulan
pada masa yang sama, Perayaan Kuih Bulan juga disambut.78 Sambutan itu disempurnakan
dengan kerjasama jawatankuasa pengelola Tapak Kuno Kangkar Tebrau dan Persatuan
Peniaga-Peniaga Bergerak Selatan Johor. Tempoh sambutan itu adalah sepanjang 18 hari di
mana pelbagai acara kebudayaan dipersembahkan. Jalan-jalan di Kangkar Tebrau telah
dihiasi dengan 500 buah tanglung merah. Upacara sambutan itu telah dirasmikan oleh YB
Dato Jimmy Low, ahli exco negeri Johor pada masa itu. (Gambar 41) Tokong Ling San Keng
dipilih sebagai tempat upacara perasmian kerana sejarahnya adalah sama lama seperti
77 Fuji (planchette writing), 07 Januari 2010, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,
< http://en.wikipedia.org/wiki/Fuji_(planchette_writing)>
78 Wu Hua, “陈厝港灵山宫亮灯《万盏华灯庆中秋》掀开序幕 Sambutan Ulangtahun ke-155 Kangkar
Tebrau ”, 陈厝港方誌 Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru,
Johor Bahru, 2006, hal. 134.
49
Kangkar Tebrau. Matlamat utama sambutan itu ialah untuk menyedarkan masyarakat Cina
tentang semangat bertungkus-lumus generasi awal dan semangat bekerjasama antara
pemerintah dan rakyat serta mengenangi jasa bakti dan sumbangan mereka terhadap
kemajuan Johor Bahru.
3.5 Sambutan Hari Kebudayaan Masyarakat Cina Peringkat Kebangsaan ke-17
Sambutan Hari Kebudayaan Masyarakat Cina Peringkat Kebangsaan ke-17 telah
diadakan di Johor Bahru pada tahun 2000. Upacara dimulakan pada 03-09-2000 di Stulang
Laut, Johor Bahru di mana upacara memuja dewa-dewa diadakan sebelum perlumbaan
perahu naga dimulakan.79 Sempena sambutan itu, satu acara belayar perahu dari Stulang
Laut ke Kangkar Tebrau telah diadakan. Pelayaran akan mengikut Selat Tebrau dan Sungai
Tebrau serta melalui Jambatan Permas Jaya dan Jambatan Pandan, iaitu jalan yang diikuti
oleh Kapitan Chen Kai Shun untuk tiba ke Kangkar Tebrau. Perahu-perahu itu dinaiki oleh
ahli-ahli persatuan-persatuan Cina di Johor Bahru, ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahliDewan
Undangan Negeri dan pemimpin-pemimipin masyarakat Cina di Johor Bahru. Destinasi akhir
pelayaran tersebut ialah Tokong Ling San Keng kerana tokong itu merupakan tokong yang
paling tua di Johor Bahru. Upacara ini lebih kurang sama seperti peristiwa yang berlaku pada
156 tahun dahulu di mana dewa-dewa dijemput dari tokong-tokong di Kangkar Tebrau ke
Tokong Lama Johor Bahru yang melambangkan kebudayaan itu akan diwarisi turun-temurun.
79 Wu Hua, “文化节乘舟寻根,陈厝港灵山宫香火传承Sambutan Hari Kebudayaan Masyarakat Cina
Peringkat Kebangsaan ke-17 ”, 陈厝港方誌 Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan
Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 120 - 128.
50
Apabila peserta-peserta upacara sampai ke Tokong Ling San Keng, upacara pemujaan dewa
juga diadakan di situ. (Gambar 42 )80
80 Wu Hua, “再航一趟历史征途 60 华团代表游陈厝港寻根 Wakil-Wakil Masyarakat Cina Menggebara
Kangkar Tebrau Melalui Laluan Yang Diambil Oleh Kapitan Chen Kai Shun ”, 陈厝港方誌 Sejarah Kangkar
Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 115 – 119
51
BAB 4 KESAN DAN PENGARUH POLITIK DALAM TOKONG
Pengaruh politik wujud di setiap sudut dalam masyarakat. Biasanya pemimpinpemimpin
tempatan akan cuba menjalinkan hubungan yang mesra dan rapat dengan pihak
pemerintah supaya kegiatan-kegiatan mereka, sama ada dalam bidang perniagaan atau lain,
akan berjalan lancar. Dalam mencapai tujuan-tujuan tersebut, pemimpin-pemimpin etnik itu
juga perlu mendapat sokongan dari penduduk-penduduk tempatan. Sokongan boleh didapati
dengan cara melibatkan diri dengan giatnya dalam pertubuhan-pertubuhan dan persatuanpersatuan
tempatan dan bersifat etnik. Pemimpin-pemimpin politik menggunakan tokong
sebagai salah satu tempat untuk bercampur gaul dan mendekati rakyat jelata untuk mendapat
sokongan mereka demi maju dalam bidang politik. Pertubuhan-pertubuhan dan persatuanpersatuan
tempatan, seperti Tokong Ling San Keng, pula berharap untuk mendapat
peruntukan kewangan dan bantuan supaya perkembangan dan kegiatan-kegiatan mereka
dapat berjalan dengan lancar.
Chen Kai Shun, peneroka Kangkar Tebrau dan juga pengasas Tokong Ling San Keng,
mempunyai pengaruh dan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam bidang
politik negeri Johor. Sejak beliau dianugerahkan Surat Sungai untuk meneroka Kangkar
Tebrau, beliau telah banyak memberi sumbangan kepada perkembangan kawasan itu dan
jasanya telah diiktirafkan oleh Temenggong Ibrahim. Seterusnya, beliau telah dilantik oleh
sebagai Kapitan Cina yang pertama di Johor. Ini dapat menggambarkan bahawa beliau
mempunyai hubungan yang erat dengan pihak pemerintah Melayu. Dengan itu, beliau telah
diberi amanah untuk bertanggungjawab ke atas pasukan keselamatan tempatan kerajaan Johor.
Kerajaan juga memberi keizinan kepada Kongsi Ngee Heng untuk menjalankan kegiatan
mereka secara terbuka. Chen Kai Shun sebaliknya telah dapat menggunakan kemudahan52
kemudahan yang diberikan oleh kerajaan Johor untuk memperbaiki kehidupan anak-anak
buahnya dan penduduk-penduduk tempatan supaya dapat terus mendapat sokongan mereka.
Tokong memainkan peranan yang penting kepada beliau untuk berhubung dengan,
mendengar suara dan mengembling tenaga penduduk-penduduk tempatan untuk mencapai
tujuannya.
Pada zaman moden ini, tokong masih berperanan untuk matlamat tersebut. Dalam
sistem demokrasi berparlimen, pemimpin-pemimpin memerlukan sokongan pengundipengundi
supaya dapat dipilih sebagai wakil rakyat, baik di peringkat persekutuan atau negeri.
Oleh itu, ahli-ahli politik biasanya giat dalam aktiviti masyarakat tempatan, umpamanya
kegiatan tokong. Ahli parlimen Kawasan Parlimen Tebrau, YB Teng Boon Soon dari
Persatuan Cina Malaysia (Malayan Chinese Association MCA), ialah salah seorang daripada
penasihat-penasihat kepada Tokong Ling San Keng. (Gambar 43) Ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri, seperti Dato Jimmy Low dan Dato Freddie Loong (bekas ADUN) juga melibatkan
diri dalam upacara menyambut ulangtahun pembukaan Kangkar Tebrau di Tokong Ling San
Keng pada 1999.81 Menteri-menteri, seperti Tun Dr. Ling Liong Sik (bekas menteri) juga
menghadiri aktiviti Tokong Ling San Keng pada 2000.82 (Gambar 43) Pengerusi
jawatankuasa Tokong Ling San Keng 2009 – 2011 ialah Encik Xie Qin De (谢金德).
(Gambar 43) Beliau juga mempunyai latar belakang politik. Beliau pernah menjadi pengerusi
MCA cawangan Kangkar Tebrau (1986 – 1990).83 Biasanya, melalui penglibatan dalam
kegiatan tokong, ahli-ahli politik dapat menyampaikan fahaman politik kerajaan atau parti-
81 Wu Hua, “ 陈厝港灵山宫亮灯《万盏华灯庆中秋》掀开序幕 Perasmian Upacara menyambut Ulangtahun
Kangkar Tebrau ”, 陈厝港方誌 Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa
Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 134 – 147.
82 Wu Hua, “ 外宾来访留影 Gambar Pelawat-Pelawat ke Tokong Ling San Keng ”, 陈厝港方誌 Sejarah
Kangkar Tebrau, Jawatankuasa Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 142 –
143.
83 Wu Hua, “ 人物传略 Tokoh-Tokoh Tempatan ”, 陈厝港方誌 Sejarah Kangkar Tebrau, Jawatankuasa
Pendidikan Persatuan Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006, hal. 112.
53
parti tertentu kepada rakyat dan mendapat maklumbalas rakyat supaya polisi kerajaaan dapat
diubahsuaikan.
54
BAB 5 KESIMPUAN
Penghijrahan kaum Cina dari negara asal mereka telah wujud beratus-ratus tahun
dahulu. Sejak Dinasti Tang (900-an Masihi), kaum Cina telah mula berhijrah ke Asia
Tenggara disebabkan oleh keadaan huru-hara di Negeri China akibat pemberontakan Wang
Chao. Ramai orang Cina di bahagian Fujian dan Kwangdong telah meninggalkan China
apabila kawasan-kawasan tersebut terjerumus dalam jurang peperangan. Penghijrahanpenghijrahan
yang besar-besaran lain juga berlaku pada akhir Dinasti Song di mana Negeri
China mula dikuasai oleh Orang Mongol dan diikuti pada zaman Dinasti Qing di mana
Maharaja Kangxi telah menawan Taiwan daripada tentera Dinasti Ming dan menyatupadukan
Negeri China. Pada masa tersebut, kehidupan yang tidak tenteram telah memaksa Orang Cina
terpaksa mencari ikhtiar di luar Negeri China.
Penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu adalah pada skala yang kecil semasa
Kesultanan Melaka di mana hubungan antara Melaka dan Negeri China begitu erat sekali.
Sebilangan kaum Cina telah berkahwin dengan orang-orang tempatan dan menetap di Melaka
dan dipengaruhi oleh kebudayaan tempatan. Kemudian, disebabkan oleh dasar tertutup
kerajaan Dinasti Ming, hubungan kumpulan penghijrah tersebut dengan negara asal telah
semakin renggang dan semakin menyesuaikan diri dalam kebudayaan dan kehidupan
tempatan. Mereka telah membentuk satu kumpulan yang digelar Nyonya-Baba. Sungguhpun
corak pakaian dan bahasa pertuturan mereka telah berubah kepada atau dicampur-adukkan
dengan Bahasa Melayu, tetapi mereka masih mengekalkan adat resam asal mereka.84
84 Malaysian Chinese, 10 Januari 2010, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

55
Penghijrahan secara besar-besaran ke Tanah Melayu berlaku selepas Perang Candu di
mana kerajaan Dinasti Qing telah kalah. Pada masa itu, penjajah British memerlukan banyak
tenaga kerja untuk meneroka Tanah Melayu. Lebih-lebih lagi, kehidupan azab sengsara di
Negeri China telah mendorong ramai orang Cina berpindah ke Asia Tenggara, terutamanya
Tanah Melayu, untuk mencari rezeki dan membawa wang balik ke Negeri China. Sementara
itu, mereka juga membawa bersama-sama budaya dan adat resam mereka ke situ. Salah
satunya ialah kepercayaan atau dewa-dewa yang disembahyangkan. Jadi, tokong-tokong telah
dibina dan dewa-dewa tertentu telah disembahyangkan oleh suku dialek tertentu di Tanah
Melayu.
Tokong Ling San Keng di Kangkar Tebrau ialah hasil daripada penghijrahan orang
Cina ke Tanah Melayu. Tokong merupakan bangunan agama yang penting dalam kehidupan
masyarakat Cina. Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu pada awal 1800-an
membawa bersama-sama nilai kepercayaan dan kebudayaan mereka setelah menyeberangi
Laut Cina Selatan. Sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan dan dewa-dewi merestui mereka
sampai ke destinasi dengan selamat, tokong-tokong telah dibina di samping berharap Tuhan
menjamin kejayaan perniagaan, kesihatan dan keselamatan mereka. Kapitan Chen Kai Shun
yang menyahut seruan Temenggong Ibrahim untuk menerokai Johor telah berjaya
memajukan Kangkar Tebrau dan seterusnya memberi sumbangan kepada pembukaan Johor
Bahru.
Kangkar Tebrau pada satu masa merupakan satu pusat pentadbiran kerajaan Johor dan
berkembang dengan pesatnya. Penanaman gambir dan cili telah berjaya mengembangkan
ekonomi Negeri Johor di bawah Sistem Kangcu yang diutarakan oleh Temenggong Ibrahim
dan dimajukan oleh Sultan Abu Bakar. Kawasan itu telah diduduki oleh beberapa ribu orang
penduduk dan Tokong Ling San Keng juga merupakan sebuah tokong yang sibuk dan
56
terkenal pada masa itu. Malangnya, sejak Sistem Kangcu dimansuhkan pada tahun 1917 oleh
Sultan Ibrahim dan pusat pentadbiran Negeri Johor kemudian telah dipindahkan ke Johor
Bahru, perkembangan Kangkar Tebrau telah terjejas. Berikutan dengan proses urbanisasi di
sekitar Kangkar Tebrau, kawasan ini telah dilupai oleh generasi muda.
Demi mengekalkan tempat-tempat bersejarah dan menjamin usaha dan sumbangan
generasi lama terhadap negeri Johor tidak dilupai, banyak usaha hendak dijalankan supaya
detik-detik sejarah yang berkenaan dengan Kangkar Tebrau dapat tercatat dalam buku. Di
samping itu, budaya dan adat resam juga tidak akan ditenggelami oleh arus kebudayaan Barat.
Jadi, masyarakat Cina Johor Bahru dengan kerjasama parti-parti politik Cina, seperti
Persatuan Cina Malaya (MCA) Persatuan Hokien, Persatuan Teochew, Persatuan Hakka dan
Persatuan Hainan dan Persatuan Kwandong telah mengambil banyak langkah untuk mencapai
matlamat tersebut.
57
BIBLIOGRAFI
Buku-Buku
Ahmad Fawzi Basri, Johor 1855 – 1917 Pentadbiran Dan Perkembangannya, Fajar Bakti
Sdn Bhd, Selangor, 1988.
Benny Liow Woon Khin & Soo Khin Wah, “Buddhist and Chinese Temple”, Religious &
Belief, Prof. Dr. M Kamal Hassan & Dr Ghazali Bin Basri, The Encyclopedia of Malaysia
Vol. 5, Archipelago Press an imprint of Didier Millet Pte. Ltd., 121, Telok Ayer Street, #03-
01, Singpore 068590, 2005.
Fuziah Shaffie dan Ruslan Zainuddin, “Kesan Perluasan Kuasa”, Sejarah Malaysia,
Penerbitan Fajar Bakti S/B, Shah Alam, Selangor, 2000.
Ghulam-Sanwar Yousof, “Chinese and Indian Religious Ats and Crafts”, Crafts and The
Visual Arts, Datuk Syed Ahmad Jamal, Archipelago Press an imprint of Didier Millet Pte.
Ltd., 121, Telok Ayer Street, #03-01, Singpore 068590, 2007.
Laurence Loh Kwong Yu & Loh Lim Lin Lee, “Chinese Temple”, Traditional Architecture
of the Immigrant Communities, The Encyclopedia of Architecture Vol. 5, Archipelago Press
an imprint of Didier Millet Pte. Ltd., 121, Telok Ayer Street, #03-01, Singpore 068590, 1998.
Lee Kam Hing, Tan Chee Beng, “The Religious of Chinese in Malaysia”, The Chinese in
Malaysia, Oxford University Press, 4, Jalan Pemaju U1/15, Seksyen U1, 40150 Shah Aklam,
Selangor, 2000.
Lim Pui Huen, Wong Ah Fook, Immigrant, Builder and Entrepreneur, Times Editions,
Singpore, 2002.
Martin Palmer, “Taoist Beliefs and Practices”, World Religions, Times Book , Harpe Collins
Publishers,Fulhan Palace Road, London W687B, 2002.
Mohd. Isa Othman, “Negeri Johor 1800 – 1914”, Sejarah Malaysia (1800 – 1963), Utusan
Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur, 2002.
Ong Seng Huat, Introduction to Taoism, Yin Pin Multimedia Communication Centre,
Selayang, Selangor, 2001.
Rahmah Abdul Aziz, Pembaratan Pemerintahan Johor (1800 – 1945), Suatu Analisis
Sosiologi Sejarah, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, 1997.
Shuqing Xiang (舒庆祥), 走过历史Passing History, Johor Bahru Rainbow Co., Ltd., Johor
Bahru, 2007..
Victor Purcell, Penterjemah : Nik Hasnaa Nik Mahmood, “Orang-orang Cina di Negerinegeri
Melahy sehingga tahun 1990”, Orang-orang Cina di Tanah Melayu, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai, Johor, 1997.
58
Wu Hua (吴华), 陈厝港方誌 (Sejarah Kangkar Tebrau), Jawatankuasa Pendidikan Persatuan
Chung Hwa Johor Bahru, Johor Bahru, 2006.
___________, Rekod Kajian Sejarah Tempatan Orang eochew di Johor Jilid 3, Kolej Selatan,
Johor Bahru, Johor, 2003.
___________, Rekod Kajian Sejarah Tempatan Orang eochew di Johor Jilid 4, Kolej Selatan,
Johor Bahru, Johor, 2003.
___________, Pengumpulan Gambar-Gambar Bersejarah di Johor, Persekutuan Tiong-Hua,
Johor Bahru, Johor, 2007.
___________, The Johor Ancient Chinese Temple,Perseketuan Tiong-Hua, Johor Bahru,
Johor, 1997.
Petikan Suratkhabar
“Asal Usul Lima Dewa di Tokong Lama Johor Bahru”, China Press, 11hb Februari 2009
“Paras Air Sungai Tebrau Naik dan Kangkar Tebrau telah mengalami sekali lagi
mengalami malapetaka 地不佬河水位暴漲新山陳厝港再遭浩劫”, Sin Chew Jit Po, 01-
12-2007,
Rujukan Internet
Ba gua, 14 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

“Depiction”, Xuan Wu (God), 26 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia,
Wikimedia Foundation, Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Xuan_Wu_(god)>
Door God, 12 September 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc,
Fuji (planchette writing), 07 Januari 2010, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia
Foundation, Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Fuji_(planchette_writing)>
“Lu Xiu-fu”, 14 Februari 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc, < http://id.wikipedia.org/wiki/Lu_Xiufu>
Maharaja Jed, 2 November 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia
Foundation, Inc, < http://ms.wikipedia.org/wiki/Maharaja_Jed>
Malaysian Chinese, 10 Januari 2010, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia
Foundation, Inc,
59
“Other Cultural Uses”, Calabash, 28 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia,
Wikimedia Foundation, Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Calabash>
Shuqing Xiang: Chen Kai-shun life feat was certainly “Persejarahan Masyarakat Teochew”,

“Sistem Kangcu”, 1Mei 2009, , Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc,
Spirit Tablet, 22 August 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc, ,< http://en.wikipedia.org/wiki/Spirit_tablet>
Taoist Temples, Travel China Guide,

Tiandihui, 12 November 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Tiandihui>
Tu Di Gong, 29 October 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc,

Xuan Wu, 12hb. November 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc,
“应用”, 葫芦, 01 Disember 2009, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation,
Inc, < http://en.wikipedia.org/wiki/Calabash >
华光大帝, Baike Baidu (百度百科),< http://baike.baidu.com/view/621745.htm>
“ 粤剧祖师华光大帝”, 岭南文化频道, http://www.chinayueju.net/yjdg/html/?234.html
众神详文及我的图片分享, 27-6-2007 ,

柔佛古庙游神,
60
61
PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
JMS 418/4 SEJARAH KAJIAN TEMPATAN
Penyelia : Dr. Hj. Fadhlullah Jamil
TUGASAN
Satu kajian mengenai sejarah, rekabentuk bangunan, kepercayaan dan
kegiatan Tokong Ling San Keng, Kangkar Tebrau, Johor Bahru,
Johor dan kesannya ke atas masyarakat Cina di Johor Bahru
Nama Pelajar : Chong Kim Fong
Nombor Matrik : JM/8127/06
62
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan syukur dan merakamkan penghargaan dan setinggi-tinggi
terima kasih kepada pensyarah iaitu Dr.Hj. Fadhlullah Jamil kerana banyak memberi tunjuk
ajar dan bimbingan kepada saya dalam menyelesaikan tugasan yang merupakan keperluan
yang harus dilaksanakan oleh pelajar PPPJJ tahun akhir.
Di samping itu, saya juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada rakan
sejawat saya, Cikgu Yong dan Cikgu Wong, guru Bahasa Inggeris yang amat berpengalaman.
Keikhlasan dan kesudian mereka meluangkan masa sebagai penterjemah Bahasa Inggeris
amat banyak membantu saya dalam pemahaman kandungan buku dan journal yang berbahasa
Inggeris agar saya tidak menghadapi masalah dalam menyelesaikan kajian ini. Ucapan
penghargaan kepada kakitangan Arkib Negara, kakitangan Perpustakaan Johor Bahru, Pn.
Rabiahtul (kakitangan Pusat Dokumentasi, Yayasan Johor), Encik Soh Lian Kau (ahli
jawatankuasa pengurususan Tokong Ling San Keng) dan Encik Kan Swee On (Penjaga
Tokong LingSan Keng) yang sudi ditemuramah, rakan-rakan seperjuangan dan pihak lain
yang turut memberikan kerjasama.
Tidak lupa juga merakam terima kasih kepada suami dan adik yang banya k
membantu saya memperoleh bahan kajian dan segala komitmen yang telah diberikan
sepanjang masa dalam menyiapkan tugasan terutama dari segi masa amat dihargai
sepenuhnya.
Akhir sekali, sekalung penghargaan yang tidak terhingga ditujukan kepada ibu bapa
saya yang turut memeri semangat, perangsang dan mengambil berat terhadap diri penulis dan
juga mendoakan kejayaan saya.
Jasa bakti bagi semua pihak tetap diabadikan dalam ingatan saya.
Sekian, terima kasih.
Chong Kim Fong
JM/8127/06
Fakulti Ilmu Kemanusiaan
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia
63
SINOPSIS
Tujuan latihan ilmiah ini adalah untuk mengkaji sejarah, perkembangan, kepercayaan,
kegiatan Tokong Ling San Keng di Kangkar Tebrau, Johor dan kesannya ke atas masyarakt
Cina di Johor Bahru, Johor dari 1844 hingga sekarang. Hubungan antara negara China dan
Tanah Melayu telah lama wujud dan mencapai peringkat yang rapat pada zaman Kesultanan
Melaka. Tetapi, penghijrahan orang-orang Cina ke Tanah Melayu hanya menjadi ketara
dalam tahun 1800-an. Selepas penjajahan British bermula di Tanah Melayu, barulah orangorang
Cina dibawa masuk ke Tanah Melayu secara besar-besaran untuk meneroka dan
memajukan ekonomi kawasan ini.
Dalam usaha memajukan ekonomi Tanah Melayu, pendatang-pendatang Cina telah
memainkan peranan yang penting, terutamanya dalam bidang pertanian, perlombongan,
pembalakan, perniagaan dan sebagainya. Dalam pada masa itu juga, penghijrah-penghijrah
Cina ini juga membawa bersama-sama mereka kebudayaan, adat resam dan kepercayaan ke
sini.
Selepas Negeri-Negeri Selat, kaum Cina telah mula menjejak kaki pada negeri-negeri
Melayu yang lain. Pada tahun-tahun 1800-an, mereka mula memasuki negeri Johor untuk
memajukan negeri ini atas galakan pemerintah Melayu pada masa itu, iaitu Temenggung
Ibrahim. Di bawah Sistem Kangcu, kaum Cina telah memulakan petempatan di Johor dan
menceburkan diri dalam penanaman gambir dan lada hitam. Pada masa yang sama, mereka
membawa masuk kepercayaan mereka dengan mendirikan tokong-tokong di petempatan yang
baru ini.
Dalam Bab 1, perbincangan bertumpu kepada penghijrahan orang-orang Cina ke Asia
Tenggara amnya dan Tanah Melayu khasnya pada kurun ke -18. Tumpuan diberikan kepada
64
petempatan orang-orang Cina di negeri Johor di bawah Sistem Kangcu. Perhatian juga
diberikan kepada faktor-faktor yang menyebabkan proses penghijrahan itu terjadi.
Dalam Bab 2, kajian ditumpukan kepada sejarah pembinaan Tokong Ling San Keng
di Kangkar Tebrau, Johor.Perbincangan ditumpukan kepada tujuan pembinaan tokong dan
perkembangannya, rekabentuk struktur bangunan tokong, peninggalan-peninggalan
bersejarah di tokong, latarbelakang pengasas tokong. Perbincangan juga merangkumi latar
belakang dewa-dewa yang disembahyangkan dan kepercayaan yang berkaitan.
Perbincangan dalam Bab 3 pula bersangkut paut dengan kegiatan-kegiatan yang
dijalankan oleh Tokong Ling San Keng.Kegiatan-kegiatan yang dijalankan telah banyak
mempengaruhi kebudayaan dan kepercayaan masyarakat Cina di Johor Bahru.
Bab 4 menyentuh sedikit sebanyak pengaruh politik dengan tokong Perbincangan
ditumpukan kepada bagaimana kerjasama pemimpin masyarakat Cina serta parti-parti politik
Cina membantu perkembangan tokong dan memastikan kebudayaan masyarkat Cina dapat
diwarisi ke generasi yang akan datang. Perbincangan juga melibatkan kepentingan bersama
yang diperoleh oleh kedua-dua pihak, iaitu tokong dan ahli-ahli politik.
Dalam Bab 5, kesimpulan dibuat mengenai pentingnya warisan dan kebudayaan
sesuatu kaum perlu dikekalkan. Penekanan diberikan ke atas usaha untuk mengekalkan dan
menjamin tokong bersejarah, kepercayaan dan kebudayaan masyarakat Cina. Masyarakat
Cina diingatkan supaya jangan melupakan usaha dan jasa bakti generasi lama dalam usaha
memajukan tanahair ini di samping berusaha untuk mencapai kejayaan dalam sektor ekonomi.
65
ISI KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
KULIT TUGASAN i
HALAMAN JUDUL ii
PENGHARGAAN iii
SINOPSIS iv
SENARAI KANDUNGAN vi
SENARAI GAMBAR ix
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI PETA
SENARAI JADUAL
BAB 1 SEJARAH TEMPATAN DAN PENGHIJRAHAN ORANG-ORANG
CINA KE TANAH MELAYU
1.1 Pengenalan 1
1.2 Faktor-Faktor yang menggalakkan penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu 1
1.3 Petempatan orang-orang Cina di negeri Johor 6
1.4 Sistem Kangcu 7
66
1.5 Sumbangan Sistem Kangcu dan Orang Cina Terhadap Perkembangan 11
Ekonomi Johor
1.6 Sejarah Kangkar Tebrau 12
BAB 2 SEJARAH TOKONG
2.1 Pengenalan 15
2.2 Kedudukan Tokong Ling San Keng 15
2.3 Sejarah dan Perkembangan Tokong Ling San Keng 17
2.4 Latar Belakang Kapitan Tan Kee Soon, Pengasas Tokong Ling San Keng 18
2.5 Tujuan Pembinaan Tokong 22
2.6 Struktur Binaan dan Pelan Tokong 23
2.7 Peninggalan-Peninggalan Bersejarah di Ling San Keng 31
2.8 Latar belakang Dewa-Dewa di Tokong Ling San Keng 35
1. Xuan Tian Shang Di 玄天上帝 36
2. Hua Guang Da Di 华光大帝 39
3. Zhao Da Yuan Shuai 赵大元帅 41
4. Fu De Bo Gong 福德伯公 42
5. San Zhong Sheng Wang 三忠圣王 42
6. “Spirit Tablet” Kapitan Chen Kai Shun 44
67
BAB 3 KEGIATAN TOKONG
3.1 Perayaan Menyambut Hari Jadi Dewa Xuan Tian Shang Di 45
3.2 Perarakan Tokong Kuno Johor 46
3.3 Fuji atau Fuluan (Planchette Writing 扶箕 / 扶乩 / 扶鸞) 47
3.4 Sambutan Ulangtahun ke-155 Pembukaan Kangkar Tebrau 48
3.5 Sambutan Hari Kebudayaan Masyarakat Cina Peringkat Kebangsaan ke-17 49
BAB 4 KESAN DAN PENGARUH POLITIK DALAM TOKONG 51
BAB 5 KESIMPUAN 54
BIBLIOGRAFI
GAMBAR
LAMPIRAN
PETA
JADUAL
68
SENARAI GAMBAR
GAMBAR 1 Jalan Kangkar Tebrau dan Jalan Kangkar Kechil
GAMBAR 2 Sekolah Rendah Cina Yit Hwa
GAMBAR 2A Pemandangan di sekeliling Tokong Ling San Keng
GAMBAR 3 Kangkar Tebrau
GAMBAR 4 Kangkar Tebrau
GAMBAR 5 Menteri Besar Tan Sri Othman Bin Mohd Saat 1967 -1982
GAMBAR 6 Dato Chua Song Lim
GAMBAR 7 Papan Peringatan dan Gambar sempena baikpulih Tokong Ling San
Keng pada 1969
GAMBAR 8 Gerbang utama Tokong Ling San Keng
GAMBAR 9 Gerbang utama Tokong Ling San Keng
GAMBAR 10 Ukiran singa di hadapan gerbang utama Tokong Ling San Keng
GAMBAR 11 Bekas colok
GAMBAR 12 Gerbang kecil Tokong Ling San Keng
GAMBAR 13 Dua rangkap puisi pada pintu masuk Tokong Ling San Keng
GAMBAR 14 Pintu masuk bangunan Tokong Ling San Keng
GAMBAR 15 Lukisan Dewa Pintu
GAMBAR 16 Bekas colok yang berusia 100 tahun
GAMBAR 17 Alat menyalah lilin berbentuk teratai
GAMBAR 18 Ukiran pada bumbung Tokong Ling San Keng
GAMBAR 19 Tingkap tokong yang berbentuk “Bagua” (Trigram)
GAMBAR 20 Cerobong yang membakar wang kertas neraka (Joss paper)
GAMBAR 21 Kolam kura-kura dan sangkar ular
GAMBAR 22 Wawancara dengan Encik Kan Swee On, penjaga tokong
GAMBAR 23 Perigi di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 24 Encik Fong Gui Qin
GAMBAR 25 Papan melintang (Pai Bian) Xuan Tian Shang Di
GAMBAR 26 Gu Qing
GAMBAR 27 Papan melintang (Pai Bian) Di De Fu Chi (帝德扶持)
GAMBAR 28 Tiang melintang yan dipasang pada 1912
69
GAMBAR 29 Wawancara dengan Encik Soh Lian Kau, bendahari jawatankuasa
Pengurusan Tokong Ling San Keng
GAMBAR 30 Pedang (Bao Jian 寶劍)
GAMBAR 31 Cambuk suci (Sacred Whip)
GAMBAR 32 Patung Dewa Xuan Tian Shang Di di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 33 Patung Hua Guan Da Di di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 34 Patung Zhao Da Yuan Shuai di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 35 Dewa Fu De Bo Gong di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 36 Patung San Zhong Sheng Wang di Ling San Keng
GAMBAR 37 “Spirit Tablet” bagi Kapitan Chen Kai Shun
GAMBAR 38 “Spirit Tablet” bagi Kapitan Chen Kai Shun
GAMBAR 39 Perarakan Dewa di Johor Bahru
GAMBAR 40 Alatan untuk kegiatan Fuluan (penulisan plancet/planchette writing)
GAMBAR 41 Sambutan Ulangtahun ke-155 pembukaan Kangkar Tebrau
GAMBAR 42 Sambutan Hari Kebudayaan Masyarakat Cina peringkat kebangsaan
ke-17 di Johor Bahru
GAMBAR 43 Pengaruh politik dalam kegiatan Tokong Ling San Keng
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 Surat Sungai pertama yang dikeluarkan pada 9hb Oktober 1844
LAMPIRAN 2 Kndngan Surat Sungai
LAMPIRAN 3 Surat Sungai Kangkar Tebrau 22-10-1844
LAMPIRAN 4 Petikan akhbar Sin Chew Jit Poh 12-01-2007
SENARAI PETA
PETA 1 Lembah Sungai Johor dan Sungai Tebrau
PETA 2 Kedudukan Kangkar Tebrau
PETA 3 Kedudukan Kangkar Tebrau
PETA 4 Kedudukan Tokong Ling San Keng
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Bilangan lading-ladang gambir di Johor pada 1845
Jadual 2 Bilangan Surat Sungai yang dikeluarkan di bawah Sistem Kangcu
70
GAMBARAJAH
GAMBARAJAH 1 Lukisan dewa Xuan Tian Shang Di
71
SENARAI GAMBAR
GAMBAR 1 Jalan Kangkar Tebrau dan Jalan Kangkar Kechil
GAMBAR 2 Sekolah Rendah Cina Yit Hwa
GAMBAR 2A Pemandangan di sekeliling Tokong Ling San Keng
GAMBAR 3 Kangkar Tebrau
GAMBAR 4 Kangkar Tebrau
GAMBAR 5 Menteri Besar Tan Sri Othman Bin Mohd Saat 1967 -1982
GAMBAR 6 Dato Chua Song Lim
GAMBAR 7 Papan Peringatan dan Gambar sempena baikpulih Tokong Ling San
Keng pada 1969
GAMBAR 8 Gerbang utama Tokong Ling San Keng
GAMBAR 9 Gerbang utama Tokong Ling San Keng
GAMBAR 10 Ukiran singa di hadapan gerbang utama Tokong Ling San Keng
GAMBAR 11 Bekas colok
GAMBAR 12 Gerbang kecil Tokong Ling San Keng
GAMBAR 13 Dua rangkap puisi pada pintu masuk Tokong Ling San Keng
GAMBAR 14 Pintu masuk bangunan Tokong Ling San Keng
GAMBAR 15 Lukisan Dewa Pintu
GAMBAR 16 Bekas colok yang berusia 100 tahun
GAMBAR 17 Alat menyalah lilin berbentuk teratai
GAMBAR 18 Ukiran pada bumbung Tokong Ling San Keng
GAMBAR 19 Tingkap tokong yang berbentuk “Bagua” (Trigram)
GAMBAR 20 Cerobong yang membakar wang kertas neraka (Joss paper)
GAMBAR 21 Kolam kura-kura dan sangkar ular
GAMBAR 22 Wawancara dengan Encik Kan Swee On, penjaga tokong
72
GAMBAR 23 Perigi di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 24 Encik Fong Gui Qin
GAMBAR 25 Papan melintang (Pai Bian) Xuan Tian Shang Di
GAMBAR 26 Gu Qing
GAMBAR 27 Papan melintang (Pai Bian) Di De Fu Chi (帝德扶持)
GAMBAR 28 Tiang melintang yan dipasang pada 1912
GAMBAR 29 Wawancara dengan Encik Soh Lian Kau, bendahari jawatankuasa
Pengurusan Tokong Ling San Keng
GAMBAR 30 Pedang (Bao Jian 寶劍)
GAMBAR 31 Cambuk suci (Sacred Whip)
GAMBAR 32 Patung Dewa Xuan Tian Shang Di di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 33 Patung Hua Guan Da Di di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 34 Patung Zhao Da Yuan Shuai di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 35 Dewa Fu De Bo Gong di Tokong Ling San Keng
GAMBAR 36 Patung San Zhong Sheng Wang di Ling San Keng
GAMBAR 37 “Spirit Tablet” bagi Kapitan Chen Kai Shun
GAMBAR 38 “Spirit Tablet” bagi Kapitan Chen Kai Shun
GAMBAR 39 Perarakan Dewa di Johor Bahru
GAMBAR 40 Alatan untuk kegiatan Fuluan (penulisan plancet/planchette writing)
GAMBAR 41 Sambutan Ulangtahun ke-155 pembukaan Kangkar Tebrau
GAMBAR 42 Sambutan Hari Kebudayaan Masyarakat Cina peringkat kebangsaan
ke-17 di Johor Bahru
GAMBAR 43 Pengaruh politik dalam kegiatan Tokong Ling San Keng
73
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 Surat Sungai pertama yang dikeluarkan pada 9hb Oktober 1844
LAMPIRAN 2 Kndngan Surat Sungai
LAMPIRAN 3 Surat Sungai Kangkar Tebrau 22-10-1844
LAMPIRAN 4 Petikan akhbar Sin Chew Jit Poh 12-01-2007
SENARAI PETA
PETA 1 Lembah Sungai Johor dan Sungai Tebrau
PETA 2 Kedudukan Kangkar Tebrau
PETA 3 Kedudukan Kangkar Tebrau
PETA 4 Kedudukan Tokong Ling San Keng
SENARAI JADUAL
Jadual 1 Bilangan lading-ladang gambir di Johor pada 1845
Jadual 2 Bilangan Surat Sungai yang dikeluarkan di bawah Sistem Kangcu
GAMBARAJAH
GAMBARAJAH 1 Lukisan dewa Xuan Tian Shang Di
74