Friday, July 31, 2009

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO DAN CONFUCIUS

PENGENALAN

Politik telah wujud di mukabumi sejak manusia hidup bersama-sama dalam masyarakat. Ia adalah proses pembentukan dan pembahagian kekuasaan dalam masyarakat yang melibatkan pembuatan keputusan, khususnya dalam negara. Ia adalah usaha yang ditempuh oleh warganegara untuk mewujudkan kebaikan besama dan berkaitan dengan penyelenggaraan pemerintahan dan negara. Oleh itu, sejak zaman dahulu, para cendekiawan yang dikenali sebagai ahli-ahli falsafah, mengemukakan pelbagai hujah terhadap pemerintahan negara. Ahli-ahli falsafah tersebut, sama ada dunia Barat atau dunia Timur, telah memberi banyak pendapat tentang corak pemerintahan yang diidamkan dalam karya-karya mereka supaya pemerintah-pemerintah dapat bertindak demi kebahagian rakyat jelata. Antara ahli-ahli falsafah Barat yang terkemuka ialah Plato (428 SB – 348S , Aristotle (384SB – 322 S , Thomas Hobbes (5 April 1588 – 4 December 1679) , John Locke (1632 – 1704) , Jean-Jacques Rousseau (Geneva, 28 June 1712 – Ermenonville, 2 July 1778) , Karl Heinrich Marx (May 5, 1818 – March 14, 1883) dan sebagainya. Pemikir-pemikir politik Timur yang terkenal pula termasuk Confucius (551 BC - 479 BC) , Abul al-Hasan al-Marwadi (972-1058 A.D.) , Sayyid Abul A'la Maududi (September 25, 1903 - September 22, 1979) dan sebagainya. Setengah-setengah daripada mereka juga merupakan ahli pendidik yang mendapat sanjungan tinggi dalam sejarah manusia. Umpamanya, Plato, Aristotle dan Confucius juga merupakan ahli-ahli pendidik yang cuba memberi ajaran-ajaran dan menyampaikan fahaman-fahaman politik mereka kepada anak-anak murid mereka melalui pendidikan. Mereka berharap anak-anak murid mereka dapat berkhidmat kepada negara dengan berpandukan fikiran mereka agar fahaman-fahaman politik mereka tercapai.

LATAR BELAKANG PLATO

Plato merupakan salah seorang ahli falsafah Yunani klasik yang terkenal. Bersama-sama gurunya Socrates dan anak muridnya Aristotle, beliau telah meletakkan satu asas kepada falsafah Barat. Plato juga merupakan seorang ahli matematik, penulis dialog falsafah dan pengasas institusi pengajian tinggi yang pertama, iaitu Academy di Athens, di dunia Barat. Beliau sangat terpengaruh oleh fikiran Socrates, yang pada pendapat beliau, dihukum mati secara tidak adil. Beliau dilahirkan dalam sebuah keluarga dari kelas tinggi dalam aristokrasi Athens. Bapa beliau ialah keturunan Codrus, bekas Raja Athens. Abang seorang nenek moyang emak beliau ialah Solon, seorang negarawan dan penggubal undang-undang agung Athens dan salah seorang bapa saudara Plato ialah Critias, seorang ahli “Council of Thirty”. Plato telah menyaksikan kekalahan negaranya Athens dalam Perang Peloponnesian yang membawa kepada kemerosotan demokrasi Athens. Selain itu, kematian gurunya, Socrates, juga telah menyebabkan cita-cita beliau untuk memasuki bidang politik terbantut. Oleh itu, Plato telah mengambil keputusan untuk memikirkan cara yang terbaik untuk membangunkan semula negaranya khasnya dan negara-negara lain amnya. Kajian beliau bertumpu kepada bagaimana mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh manusia kerana beliau berpendapat manusia dapat menjalani kehidupan yang lebih sempurna sekirannya mereka dapat memahami dan menyesuaikan diri dalam alam persekitaran mereka. Kematian Socrates merupakan satu pengalaman yang pahit dalam hidup Plato dan telah mengukuhkan kekecewaannya dalam demokrasi. Selepas peristiwa tersebut, Plato telah meninggalkan Athens dan mengembara ke Megara, Mesir, Cyerene, Magna Graecia di selatan Itali, Tarentum dan Sicily. Plato membahaskan pendapatnya dengan pemerintah-pemerintah bahawa raja-raja mestilah adalah ahli-ahli falsafah (philosophers) dan berkhidmat atas nilai-nilai moral yang mulia daripada kepentingan peribadi, tetapi tidak berjaya. Selepas dua belas tahun menggembara dan pada umur lebih kurang 40 tahun, Plato balik ke Athen dan telah mendirikan Academy pada lebih kurang 385 SM. Academy merupakan satu pusat pengajian dan penyelidikan pada masa itu. Academy terus beroperasi sehingga tahun 529. Dialog-dialog harian antara Plato dan murid-muridnya telah dikumpulkan dalam karya-karyanya, termasuk The Republic, The Laws dan Statesman. Plato membentangkan konsep polisi pendidikan dalam dua karya yang terkemuka, iaitu “The Republic” dan “The Laws”. Dalam The Republic, beliau membentangkan konsep negara yang ideal yang merangkumi ‘keadilan”. Sebenarnya, “The Republic” semata-mata adalah mengenai teori-teori negara ideal manakala “The Laws” adalah aplikasi secara praktikal dalam kes konkrit hipotetikal. Guru-guru dan pelajar-pelajar hidup dalam satu suasana komuniti yang diperkayakan oleh pendekatan pengajaran dialektik di mana persembahan doktrinal diikuti oleh perbincangan.

LATAR BELAKANG CONFUCIUS

dilahirkan pada tahun 551 Sebelum Masihi di bandar Qifu di negara Lu (sekarang Province Shandong, China) dalam sebuah keluarga bangsawan yang miskin. Beliau merupakan seorang pemikir dan ahli falsafah sosial China yang terkenal yang ajaran-ajaran dan falsafahnya sangat mempengaruhi fikiran dan kehidupan bangsa China, Korea, Jepun dan Vietnam. Beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu. Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya disebarkan secara meluas ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya. Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496 S.M. (Sebelum Masihi) untuk mengembara sambil mengajar di sekitar negara-negara kecil di timur laut dan pertengahan China dan menjelaskan kepercayaan politiknya dan berharap untuk memujuk raja-raja negara lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu. Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan meninggal 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M. Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Adalah dipercayai bahawa beliau telah menyunting kesemua “Five Classics” seperti “Classic of Rites”, dan menulis “Spring and Autumn Annals” (春秋). Beliau meninggal dunia pada umur 83. Selepas kematiannya, ajaran-ajaran Confucius telah disusun oleh pengikut-pengikutnya dalam Lunyu (Inggeris:Analects), di mana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya. Falsafah Confucius menitikberatkan moral peribadi dan pemerintahan, pembetulan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai tersebut mendapat sambutan yang lebih tinggi daripada doktrin-doktrin lain seperti Legalism atau Taoism dalam Dinasti Han (206 Sebelum Masihi – 220 selepas Masihi). Fikiran-fikiran Confucius telah dikembangkan dalam satu sistem falsafah yang dikenali Confucianism.

TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO

Teori pendidikan yang diutarakan oleh Plato adalah kena-mengena dengan falsafah politik beliau. Plato ialah seorang pemikir idealiazational yang mengemukakan konsep negara yang unggul di mana keadilan wujud dalam masyarakat. Ini adalah kerana mengikut Plato, manusia berkehendakkan sesuatu daripada negara, iaitu keadilan, di mana mereka dapat hidup dalam suatu struktur tanggungjawab tertentu. Keadilan yang dimaksudkan oleh Plato ialah kejujuran, moral dan sifat-sifat baik seseorang yang sempurna.Plato berpendapat bahawa sesuatu negara itu wujud untuk membolehkan manusia dapat mengerjakan sesuatu di dunia ini dan memastikan keharmonian hidup dapat dicapai. Dalam sebuah negara yang ideal, setiap manusia mempunyai fungsi-fungsi masing-masing. Untuk tujuan tersebut, Plato telah membahagikan masyarakat kepada tiga kelas fungsi, iaitu Kelas Penguasa (Philosophers), Kelas Pembantu Penguasa (Warriors) dan Kelas Pekerja (Commoners). Kelas Penguasa, sebagai ketua negara, bertanggungjawab memantau (watch over) kelicinan pentadbiran dan keharmonian negara manakala Kelas Pembantu Penguasa bertanggungjawab atas keselamatan dalam dan luar negara. Plato telah mencadangkan satu sistem pendidikan yang mempunyai kepentingan utama untuk politik negara, iaitu bertujuan untuk mewujudkan ketiga-tiga kelas tersebut. Plato telah mencipta satu program pendidikan di mana kanak-kanak akan belajar mulai umur 5 tahun dan akan dididik sehingga umur 18 tahun dalam ilmu sejarah, matematik dan pendidikan jasmani supaya mereka mempunyai pengetahuan asas. Kemudian, pada umur 18 hingga 20 tahun, mereka akan diajar ilmu mempertahankan diri dan gimnastik. Mereka akan diuji dan yang gagal akan menjadi Golongan Pekerja atau Saudagar. Mereka yang berjaya akan terus diberikan pendidikan dalam ilmu sains, matematik dan astronomi sehingga mereka berumur 30 tahun. Pada masa itu, mereka akan menduduki satu peperiksaan. Mereka yang gagal akan menjadi Golongan Pembantu Penguasa (Askar atau Pemerintah Tentera) manakala yang berjaya merupakan satu kumpulan yang kecil yang akan tinggal di akademik untuk melanjutkan pelajaran mereka. Kumpulan tersebut akan mendalami ilmu falsafah dan pentadbiran untuk beberapa tahun lagi. Dari kumpulan inilah timbul seorang raja (RajaBerfalsafah atau Philosophy King) yang adil, bermoral, berkebolehan, bijak dan berkeperibadian lebih tinggi daripada orang lain. Sistem pendidikan Plato itu telah menjadi satu alat untuk menentukan siapa yang memerintah dan siapa yang diperintah dan ia juga telah menjadi asas kepada teori politik Plato. Salah satu tugas pendidikan dalam negara Platonik adalah untuk mengekalkan keadaan yang sedia ada. Semua inovasi adalah dilarang dan pendidikan mestilah menentang segala perubahan dan semua bentuk subversif. Meskipun konservatism Plato yang ekstreme, Plato mempunyai pendapat-pendapat yang inovatif juga. Umpamanya, beliau menyokong dan menggalakkan persamaan jantina pada satu masa apabila kaum wanita hanya dihadkan kepada hal rumahtangga. Wanita, seperti lelaki, juga dilatih gimnastik dan dijangka pergi berperang dalam pakaian perisai seperti lelaki. Beliau mencadangkan perempuan diberi pendidikan yang sama dengan lelaki tanpa diksriminasi sesama mereka. Mengikut beliau, walaupun wanita lebih lemah daripada lelaki dalam banyak bidang, tetapi pasti ada wanita yang lebih berkemampuan daripada lelaki dalam beberapa bidang walaupun bilangannya lebih kecil daripada bilangan lelaki. Malahan, Plato mencadangkan wanita boleh juga terlibat dalam bidang politik sekiranya mereka lebih berkebolehan daripada lelaki kerana Plato menekankan kemampuan atau kebolehan dan bukan jantina. Penyertaan dalam politik bukan sahaja penting dari segi kedudukan di dalam satu kelas sosial tetapi juga mempunyai kepentingan untuk jantina itu sendiri. Plato juga menetapkan pendidikan wajib bagi untuk semua, itulah untuk semua anggota bagi Kelas Penguasa. Dalam buku beliau “Republic”, program pendidikan dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu pendidikan intelektual dan pendidikan moral. Plato juga sangat menitikberatkan pendidikan moral dan politik. Melalui pendidikan moral, pelajar-pelajar akan mengalami perasaan sakit dan puas dalam keadaan-keadaan yang berbeza. Mereka akan melakukan perbuatan yang baik dan perbuatan yang sebaliknya dan ini dapat dicapai dengan memberi ganjaran dan hukuman yang bersesuaian. Plato mencadangkan dua kaedah untuk menyampaikan pendidikan moral. Pertama, kaedah Indoktrinasi digunakan ke atas pelajar-pelajar yang mempunyai tahap intelek yang rendah. Kedua, kaedah hard intelectual training atau latihan intelektual cergas diberikan kepada pelajar-pelajar yang lebih cerdik. Latihan moral selalu dikaitkan dengan perbicaraan tentang politik oleh Plato kerana beliau percaya bahawa politik merupakan satu sistem didikan moral. Politik mempunyai kaitan dengan keadilan dan keadilan bermakna kehendak untuk membangkitkan satu masyarakat yang sempurna. Untuk manusia membangkitkan satu masyarakat yang sempurna, manusia harus menerima satu sistem didikan moral yang tegas dan tegang. Plato, sesungguhnya, adalah pendidik pertama yang memformulasi satu sistem pendidikan lengkap yang meliputi segenap aspek daripada pentadbirannya hingga ke satu kurikulum yang terperinci. Dalam Laws, Plato mengatakan bahawa keseluruhan sistem pendidikan patut diterajui oleh satu 'Penyelia Pendidikan' yang akan menyelia semua aspek pendidikan kanak-kanak kedua-dua jantina. . Beliau seharusnya 'seorang lelaki tidak kurang daripada 50 tahun, dan bapa satu buah keluarga sah, lebih baik kedua-dua jantina'. Di bawah beliau, terdapat penyelia-penyelia gimnasium dan sekolah yang bertanggungjawab ke atas penyenggaraan dan pendidikan yang diberikan, penyeliaan kehadiran dan penginapan kanak-kanak kedua-dua jantina dan hakim-hakim bagi peserta-peserta dalam pertandingan muzik dan olahraga. Pertandingan ini adalah penting disebabkan kerjaya Penguasa adalah ditentukan oleh keputusannya. Oleh kerana kesihatan dan keindahan bagi kedua-dua badan dan fikiran adalah matlamat penting bagi pendidikan Platonic (Laws, 788c), pendidikan, mengikuti adat Orang Yunani, adalah dibahagi kepada dua bahagian, iaitu gimnastik dan muzik (budaya). Pendidikan jasmani bermula sebelum kelahiran. Wanita hamil adalah dinasihatkan berjalan-jalan dan bergerak-gerak sebanyak yang mungkin kerana setiap jenis gerakan ada kena-mengena dengan kesihatan dan keindahan bayi yang belum lahir (Undang-undang, 789d). Plato juga mengatakan bahawa pendidikan prasekolah adalah tanggungjawab ibubapa yang memberi ajaran kepada anak-anak dengan disiplin yang boleh diukur. Sekiranya anak-anak terlalu dimanjakan, mereka akan mudah khuatir, jengkel dan mudah susah hati akibat perkara-perkara yang remeh dan kezaliman dan menyebabkan mereka tidak sesuai untuk kehidupan tempatan dan sivik' (Laws, 791c). Pendidikan kebudayaan bermula pada umur yang kecil melalui cerita-cerita yang diceritakan oleh ibu bapa kepada anak mereka. Plato memberi penekanan pada kandungan cerita-cerita kerana tanggapan pertama akan mempengaruhi minda dan aksara kanak-kanak. Jadi, kandungan cerita-cerita ini mesti ditapis. Permainan-permainan juga harus menyumbang kepada pendidikan kanak-kanak. Kata beliau, “Seseorang yang akan berbakat dalam sesuatu apabila dewasa harus berlatih dalam aspek tersebut sejak kanak-kanak lagi. (Law, 643b ) Dari umur 3 tahun hingga 6 tahun, kanak-kanak harus bermain bersama-sama di bawah penyeliaan seorang petugas wanita. Plato mencadangkan kanak-kanak memasuki sekolah apabila berusia 6 tahun. Mereka mula-mula mempelajari kemahiran membaca, menulis dan mengira. Muzik mula diajar pada umur 13 tahun dan mereka tidak dibenarkan memanjangkan atau memendekkan tempoh pembelajaran muzik sama ada mereka gemar atau benci muzik. (Laws, 809e -810a) Pelajar-pelajar juga terlibat dalam pelbagai jenis sukan, termasuk menunggang kuda dan latihan senjata. Keseimbangan antara kebudayaan dan gimnastik harusn seboleh-bohenya dikekalkan dengan sempurna. (Republic, 411c et seq.) Pada usia 18 tahun apabila tempoh pendidikan asas berakhir, mereka mesti menyertai pelbagai jenis pertandingan dan peperiksaan dan mereka diperlukan melibatkan diri secara eksklusif dalam latihan fizikal dan ketenteraan selama dua hingga tiga tahun. Pada usia 21 tahun, pelajar-pelajar dipilih berdasarkan prestasi lepas mereka untuk melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, pendidikan adalah wajib sehingga usia 20 tahun. Pengajian tinggi ini, yang mengambil masa selama 10 tahun, terdiri daripada pengumpulan dan penyusunan sistematik pengetahuan yang dipelajari sebelum itu. Ini merupakan satu keperluan dalam pemahaman dialektik. (Republic, 537c) Pada peringkat ini, Laws akan dikaji sebagai manual politik, sains kemasyarakatan dan undang-undang perbandingan. (Laws, 811c-d) Penekanan khas diberikan ke atas kajian empat disiplin, iaitu aritmetik, geometri, astronomi dan keharmonian, untuk menyediakan pelajar mengkaji falsafah. Mengikut Plato, matematik membebaskan fikiran daripada sensasi, membiasakannya dengan dunia pemikiran tulen dan menjadikan jiwa mencapai kemuncak dunia idea. Melalui geometri, pelajar belajar bagaimana memanipulasi konsep-konsep (Republic, 510 – 511). Astronomi memulakan jiwa pada tatatertib dan keharmonian tetap bagi kosmos. Keharmonian bertumpu kepada pencarian dan pengetahuan tentang undang-undang. Pada usia 30 tahun dan bukan sebelumnya, pelajar-pelajar Plato akhirnya mula mengkaji falsafah atau dialektik. Selepas 5 tahun, mereka mesti “balik semula ke gua” dan berkhidmat selama 15 tahun dalam tentera dan perkhidmatan awam di mana mereka selalu diuji. Pada usia 50 tahun, sesiapa yang telah menunjukkan pencapaian prinsip-prinsip teori yang menyakinkan akan menerima latihan lanjutan selama 15 tahun, di mana ia mengandungi latihan bekerja. Hanya mereka yang dapat membuktikan bahawa mereka mampu menggunakan pendidkan yang diterima ke dunia sebenar akan layak untuk memasuki kelas pelindung. Lebih dari itu, hanya mereka yang menunjukkan minat dengan jelas terhadap kebajikan orang awam, layak menjadi pelindung.. Lebih dari itu, hanya mereka yang menunjukkan minat dengan jelas terhadap kebajikan orang awam, layak menjadi pelindung. Mereka yang lulus akan berpegang kepada tingkahlaku-tingkahlaku yang baik dan menggunakannya untuk memerintah negara. Apabila bersara, pegawai-pegawai kerajaan ini akan dapat berasa sepenuhnya keseronokan falsafah sebagai ganjaran jiwa mereka. Kota Plato pada asasnya adalah sebuah masyarakat pendidikan. Ia dicipta menerusi pendidikan. Ia boleh berterusan dengan syarat semua rakyatnya menerima satu pendidikan yang membolehkan mereka membuat keputusan-keputusan politik rasional. Pendidikan adalah untuk mengekalkan sesebuah negara sempurna (intact) dan mempertahankannya terhadap semua inovasi yang berbahaya. Matlamat pendidikan bukan perkembangan peribadi tetapi sebaliknya perkhidmatan bagi negeri, yang merupakan jaminan kepada kebahagiaan rakyatnya selagi mereka membenarkan ia menjadi penjelmaan keadilan.

TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH CONFUCIUS

Confucius hidup dalam “Zaman MusimBunga dan Musim Luruh” (Spring & Autumn Period) di mana negara-negara di China berperang antara satu sama lain dan menawan sebanyak-banyak tanah yang boleh. Rakyat hidup dalam keadaan azab-sengsara dan tidak selamat manakala orang-orang bangsawan dapat menikmati kehidupan yang mewah. Pemerintah-pemerintah boleh diguling bila-bila masa oleh pemerintah negara-negara lain atau pembesar-pembesar sendiri. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Justeru, beliau menegaskan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya. Beliau juga telah mengemukakan banyak ungkapan bijak dan teori-teori tentang undang-undang, kehidupan dan kerajaan. Beliau membantu kerajaan dan maharaja dengan pengajaran-pengajaran mengenai bagaimana maharaja patut memerintah negeri dengan jayanya. Falsafah Confucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Dalam zaman perpecahan dan peperangan antara negara-negara feudal yang tidak berhenti-henti, Confucius berikhtiar untuk mengembalikan Mandat Syurga (Mandate of Heaven) yang dapat menyatpadukan “dunia” (iaitu China) dan mengurniakan keamanan dan kemakmuran kepada rakyat. Oleh kerana visi kesempurnaan individu dan sosial beliau diinterpretasikan sebagai pengembalian masyarakat yang bertatatertib seperti zaman dahulu, beliau menggunakan institusi-institusi dan adat lepas untuk menggerakkan agenda politiknya yan baru: pengembalian sebuah negara yang bersatupadu di mana pemerintah-pemerintah akan mewarisi kuasa berdasarkan merit moral dan bukan “parentage”. Pemerintah-pemerintah seperti itu akan menyebarkan akhlaknya kepada rakyat dan bukan memaksa rakyat mengikut tingkahlaku yang betul melalui undang-undang dan peraturan-peraturan. Salah satu ajaran-ajaran Confucius yang berpengaruh ialah keutamaan teladan individu mengatasi undang-undang tingkahlaku explisit. Disebabkan ajaran-ajaran moral beliau lebih menekankan pembinaan akhlak kendiri, pelagakan contoh-contoh moral, dan pencapaian penghakiman mahir daripada pengetahuan mengenai peraturan-peraturan, (“emphasises self-cultivation, emulation of moral exemplars, and the attainment of skilled judgment rather than knowledge of rules”), etika Confucius boleh dikenali sebagai sejenis etika “virtue” (virtue ethics). Beliau mengutamakan ketaatan kepada keluarga, pemujaan nenek-moyang, kehormatan kepada orang-orang tua oleh anak-anak mereka, kehormatan kepada suami oleh isteri-isteri mereka dan keluarga sebagai asas kepada sebuah kerajaan yang ideal. Confucius mengemukakan prinsipnya yang terknal seperti “Jangan melakukan kepada orang lain apa yang kamu tidak ingin dilakukan kepada diri sendiri” (Peraturan Emas) (Do not do to others what you do not want done to yourself" Golden Rule). Beliau juga menyeru orang-orang China, terutamanya yang memiliki kekuasaan politik, mencontohi teladan-teladan dahulu. Adat / Etika (Li) Teori etika Confucius seperti yang dinyatakan dalalm buku “Li” berdasarkan atas tiga konsep aspek kehidupan yang penting, iaitu adat mengenai korban kepada nenek-moyang dan pelbagai dewa-dewi (deities), institusi-institusi sosial dan politik, dan etika tingkahlaku harian. Konsep-konsep ini adalah berkaitan dengan melakukan perkara yang sepatutnya pada masa yang tertentu, dan berhubung dengan kepercayaan bahawa latihan dalam Li, yang dibentuk oleh pendeta-pendeta lepas mengajar manusia nilai-nilai akhlak yang merangkumi penilaian etika mengenai bila Li mesti diikuti dalam konteks-konteks atau keadaaan-keadaan tertentu. Analect II,3 menyatakan bahawa “dengan membimbing rakyat dengan perintah pentadbiran (“administrative injunctions”) dan meletakkan mereka di tempat mereka melalui undang-undang, mereka akan mengelakkan diri daripada hukuman tetapi tanpa sebarang perasaan malu. Membimbing mereka dengan “excellence” dan meletakkan mereka di tempat mereka melalui latihan peranan dan adat istiadat, di samping membina satu perasaan malu, mereka akan mengawal diri sendiri secara harmoni”. Ini adalah kerana Confucius berpendapat bahawa di bawah hukuman undang-undang selepas tindakan-tindakan yang haram, manusia biasanya akan bertindak mengikut undang-undang tanpa memahami alasan-alasan mengapa mereka harus bertindak begitu. Sebaliknya, adat (Ritual), corak tingkahlaku dibentuk secara dalaman dan boleh memberi pengaruh sebelum sesuatu tindakan diambil. Dengan itu, manusia akan bertindak betul kerana mereka takut malu. Mengikut Confucius, makna adat (ritual) merangkumi kesopanan dan kelakuan hingga ke kefahaman kedudukan seseorang dalam masyarakat. Secara luaran, adat digunakan untuk membezakan antara manusia; penggunaannya membolehkan manusia mengetahui siapa yang muda dan siapa yang tua, siapa adalah tetamu dan siapa adalah tuan rumah dan sebagainya. Secara dalaman, adat memberikan panduan kepada manusia tentang tanggungjawab mereka terhadap manusia lain dan apa yang diharap dari mereka. Penjiwaan (internalization) adalah proses utama dalam adat (ritual). Formaliti tingkahlaku menjadi terbatin secara progresif, keinginan-keinginan adalah disalurkan dan pemupukan keperibadian menjadi tanda kebenaran sosial. Mematuhi adat dengan keikhlasan menjadikan adat satu cara yang paling berkesan untuk memupuk perangai seseorang. Adat boleh diibaratkan sebagai satu cara unutk mencari keseimbangan antara sifat-sifat berlawanan yang mungkin membawa kepada konflik. Ia membahagikan manusia kepada beberapa kategori, dan membentuk hubungan berhierarki melalui protokol-protokol dan upacara, memberikan setiap manusia satu tempat dalam masyarakat dan satu gaya tingkahlaku yang sesuai. Yi (Righteousness) Satu konsep lagi yang dikemukakan oleh dalam teori pendidikan Confucius ialah Yi yang bermakna apa yang paling baik dilakukan dalam konteks dari kacamata etika. Ia adalah bertentangan dengan tindakan yang dilakukan untuk kepentingan diri sendiri. Sungguhpun tindakan seseorang untuk kepentingan diri tidak semestinya buruk, dia akan menjadi seorang yang lebih baik, “righteous” jika kehidupannya mengikuti satu arah yang dibentuk untuk mencapai “kebaikan yang lebih besar”. Ia bermakna melakukan sesuatu yang betul untuk alasan yang betul. Ren (Humaneness) Ren merupakan satu “kebaikan” seseorang memenuhi tanggunjawabnya terhadap manusia lain, biasanya diterjemahkan sebagai “kemurahan hati” atau “humaneness” (atau “Goodness”, Arthur Waley). Sistem moral Confucius berasaskan “empati” (empathy) dan kefahaman atas orang lain. Dengan memupuk tindakbalas secara spontan seseorang supaya ia dapat memberi panduan kepada tindakannya secara intuitif (intuitive) adalah lebih baik daripada hidup mengikut peraturan-peraturan “Yi”. Nilai “Ren” adalah berkait rapat dengan Golden Rule “one must always treat others just as one would want others to treat oneself” dan “What you do not wish for yourself, do not do to others" dan bertujuan untuk memupuk keharmonian antara manusia dengan mengenalpasti kepentingan diri dan manusia lain. Rén juga mempunyai satu dimensi politik dan adalah asas bagi teori politik Confucius. Jika raja itu tidak mempunyai rén, Confucius berpendapat bahawa adalah susah atau tidak mungkin rakyat baginda bertingkahlaku keperimanusiaan. Seorang raja autokratik yang tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat akan kehilangan mandat syurga (Mandate of Heaven) untuk memerintah dan tidak harus dituruti. Tetapi, rakyat mesti taat kepada seorang raja yang memerintah secara kemanusiaan dan mengambil tahu kebajikan rakyat. Meritokrasi (Meritocracy) Mengikut Analeks(XV,39), Confucius mengatakan bahawa “tidak patut wujud perbezaan kelas dalam pengajaran” (In teaching, there should be no distinction of classes). Sesiapa pun berhak menerima pendidikan tanpa mengira latarbelakangnya, samada dia berasal dari kelas bangsawan atau kelas bawahan. Seseorang dari kelas bawahan juga boleh menjadi “Junzi” (gentleman) sekiranya dia memiliki sifat-sifat yang mulia manakala anak raja yang tidak tahu malu hanya seorang “Xiao Ren” (Small man). Beliau menerima pelajar-pelajar dari pelbagai kelas sosial sebagai pelajar-pelajar atau pengikut-pengikutnya. Ini merupakan satu demonstrasi dan bantahan yang jelas terhadap struktur feudal dalam masyarakat China pada masa itu. Seterusnya, Confucius mengemukakan ide meritokrasi yang membawa kepada pengenalan sistem peperiksaan diraja di China. Sistem ini membolehkan siapa-siapa yang lulus dalam peperiksaan menjadi pegawai kerajaan, iaitu satu kedudukan yang membawa kekayaan dan kehormatan untuk seluruh keluarga. Calon-calon untuk jawatan awam telah dipanggil untuk peperiksaan berkenaan dengan keunggulan moral mereka oleh maharaja. Sesiapa yang ingin menjadi pegawai kerajaan mesti membuktikan kebolehan dan nilainya melalui peperiksaan bertulis. Satu pencapaian Confucius lagi ialah penubuhan sekolah yang telah menghasilkan ramai negarawan yang memiliki perasaan kenegaraan dan tanggungjawab yang kuat, yang dikenali sebagai “Rujia”. Beliau juga memuji raja-raja yang menyerahkan pentadbiran negara kepada orang yang paling berkelayakan berbanding dengan kepada anak-anak sulung baginda. Hubungan (Relationship) Hubungan adalah satu aspek penting dalam Confucianism. Tanggungjawab-tanggungjawab tertentu timbul dari suatu keadaan tertentu berhubung dengan orang lain. Seseorang individu secara spontan mempunyai beberapa hubungan berbeza dengan orang-orang yang berlainan. Umpamanya, dia boleh menjadi seorang junior terhadap ibubapa dan orang-orang tua-tua, dan sebagai “senior” terhadap adik-beradik, pelajar dan sebagainya. Sementara junior terhutang budi terhadap senior, senior juga perlu murah hati dan mengambil tahu junior-juior. Keharmoian sosial merupakan matlamat utama Confusianisme. Ia akan mengakibatkan setiap indivdu mengetahui status dalam masyarakat dan memainkan peranannya dengan baik. Ketaatan kepada ibubapa (Filial piety) Ketaatan kepada ibubapa merupakan antara keahklakan yang paling penting dalam budaya China dan mesti ditunjukkan terhadap manusia yang hidup dan yang telah meninggal (termasuk nenek moyang). Ia bercirikan kehormatan seseorang anak terhadap ibubapanya. Ia telah dikembangkan lagi kepada satu siri lima hubungan (a series of five relationships), iaitu pemerintah terhadap menteri, bapa terhadap anak, suami terhadap isteri, abang terhadap adik dan kawan terhadap kawan. Tugas-tugas tertentu telah ditetapkan untuk setiap individu dalam set hubungan-hubungan tersebut. Tugas-tugas seumpama adalah juga dilanjutkan kepada si mayat, di mana yang hidup itu mesti menghormati si mati dalam keluarga mereka. Ini membawa kepada penghormatan terhadap nenek moyang. Dalam masa ketaatan kepada ibu bapa dianggap penting dalam sistem perundangan China, seorang penjenayah akan dihukum lebih keras jika pesalah telah melakukan jenayah pada seorang ibubapa, bapa-bapa selalu memiliki kuasa yang besar ke atas anak mereka. Kesetiaan (Loyalty) Ketaatan bermakna individu-individu yang diperintah mesti taat setia terhadap pemerintah mereka yang dikatakan telah menerima “amanah syurga” (Mandate of Heaven) kerana moral dan kejujuran pemerintahnya. Ia lebih menitikberatkan obligasi yang diperintah kepada pemerintah tetapi sebaliknya kurang terhadap kewajipan-kewajipan pemerintah kepada rakyat yang diperintah. Konsep kesetiaan telah diperluaskan kepada tanggungjawab-tanggungjawab terhadap kawan, keluarga dan pasangan di mana kesetiaan terhadap keluarga diberi keutamaan, diikuti oleh kesetiaan terhadap pasangan, pemerintah dan akhirnya kawan. Kesetiaan merupakan salah keahlakan yang utama dalam fikiran Confucius khasnya dan kebudayaan China amnya. Bagaimanapun, Confucius menyedari konflik selalu wujud antara Kesetiaan terhadap negara atau pemerintah dengan ketaatan terhadap ibubapa atau keluarga dan banyak peristiwa telah berlaku dalam sejarah China di mana seseorang anak perlu membuat keputusan yang bijaksana semasa berhadapan dengan situasi ini. Junzi (Gentleman) Confucius menyeru semua manusia berusaha untuk mencapai ideal menjadi seorang Junzi (Gentleman or Perfect man). Junzi dianggap sebagai seorang individu yang memiliki keakhlakan “saint”, sarjana dan “gentleman”. Junzi juga diharap menjadi satu panduan atau teladan moral kepada masyarakat. Mereka mestilah memupuk nilai-nilai moral dalam diri sendiri, menunjukkan ketaatan kepada ibubapa dan kesetiaan kepada negara atau pemerintah serta memupuk kemanusiaan atau kemurahan hati.

PERSAMAAN TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO DAN CONFUCIUS

Sungguhpun Plato dan Confucius berasal dari dunia Barat dan Dunia Timur masing-masing, tetapi wujud banyak persamaan jika kita membandingkan teori pendidikan yang dimajukan oleh kedua-dua ahli falsafah dan pendidik.

Matlamat Pendidikan

Tidak dapat dinafikan bahawa matlamat utama yang ingin dicapai oleh mereka melalui pendidikan tidak lain tidak bukan untuk mewujudkan satu masyarakat yang berharmoni di mana kebajikan rakyat dalam sesebuah negara diberi perhatian oleh pemerintah dan dapat hidup dalam keadaan aman sejahtera. Meskipun istilah yang digunakan oleh Plato dan Confucius adalah berbeza, iaitu “keadilan” dan “harmoni”, tetapi matlamat muktamad adalah sama, iaitu kebajikan rakyat mestilah dipelihara. Teori-teori pendidikan mereka adalah berkait rapat dengan politik dan bertujuan untuk mempengaruhi corak dan cara pemerintahan pemerintah-pemerintah negara. Kedua-dua ahli falsafah tersebut menegaskan bahawa pemerintah-pemerintah mestilah memiliki nilai-nilai murni yang baik seperti kejujuran dan bermoral agar rakyat dapat mencapai kehendak mereka, iaitu keadilan dan harmoni dalam negara. Kebajikan rakyat mestilah lebih diberi keutamaan daripada kepentingan diri sendiri seperti yang dicadangkan oleh Plato bahawa insitusi keluarga dan hak milik persendirian harus dihapuskan di kalangan pemerintah . Satu contoh yang ketara mengenai konsep ini ialah apabila Confucius menemui seorang wanita yang menangis di hadapan kubur dan mengatakan bahawa suami, mertua dan anaknya dibunuh oleh harimau. Apabila Confucius menanyakannya mengapa dia tidak mahu meninggalkan tempat yang merbahaya itu, wanita tersebut menjawab bahawa tidak terdapat kerajaan yang menindas rakyat di tempat ini. Confucius pun mengatakan bahawa “Kerajaan yang menindas rakyat adalah lebih garang dan ditakuti daripada seekor harimau” (An oppressive government is fiercer and more feared than a tiger. 苛政猛于虎) Ini bermakna kerajaan di tempat tinggal wanita tersebut tidak memerintah dan menjaga kebajikan rakyat dengan baik dan kerajaan seperti itu lebih ditakuti daripada seekor harimau oleh rakyatnya.

Peperiksaan

Kedua-dua ahli pendidik tersebut sama-sama mementingkan sistem meritokrasi, iaitu pemilihan orang yang menerajui pemerintahan negara berdasarkan kelayakan dan akhlak dan bukan melalui sistem warisan. Peperiksaan telah dicadangkan untuk menapis mereka yang berkaliber daripada berjuta-juta rakyat. Peperiksaan digunakan untuk memilih individu untuk mengisi tempat-tempat kosong pemerintahan yang sesuai dengan kebolehan mereka. Umpamanya, Plato mencadangkan peperiksaan pada tahap-tahap tertentu untuk memilih individu-individu yang sesuai untuk menjadi Raja Berfalsafah, Pembantu Penguasa dan Golongan Pekerja yang masing-masing memainkan peranan mereka. Begitu juga Confucius mengemukakan sistem peperiksaan, yang berjalan hampir 2000 tahun sehingga Dinasti Manchu, yang bertujuan untuk memilih kumpulan terpelajar yang bermoral yang bertekad untuk berkhidmat kepada negara untuk kebajikan rakyat.

Persamaan Hak Untuk Menerima Pendidikan

Plato dan Confucius berpendapat bahawa semua manusia harus diberikan peluang dan hak yang sama untuk menerima pendidikan, tanpa mengira status masyarakat mereka. Malahan, Plato mengatakan tiap-tiap kelas dalam suatu masyarakat memiliki hak-hak kewarganegaraan dan salah satu daripadanya ialah hak untuk mendapat pendidikan. Misalnya, Plato mencadangkan kedua-dua kaum lelaki dan kaum wanita untuk menerima pendidikan di sekolah manakala Confucius juga mengatakan bahawa perbezaan kelas tidak harus wujud dalam pendidikan.(In teaching, there should be no distinction of classes. 有教无类, Analects XV, 39) Hujah Confucius dalam konteks ini bertumpu kepada individu-individu daripada pelbagai status masyarakat dan semua boleh menjadi pelajar beliau tanpa mengira latarbelakang mereka dari golongan bangsawan atau golongan petani.

Kurikulum Pendidikan

Kurikulum sistem Pendidikan yang dicadangkan oleh Plato dan Confucius mempunyai banyak persamaan. Kedua-duanya mementingkan kurikulum intelek, moral , jasmani dan budaya. Antaranya, Plato memasukkan pengajaran matapelajaran matematik, sains, geometri, sejarah dan astronomi dalam kurikulum intelek manakala Confucius memasukkan matematik dan “calligraphy” dalam kurikulum intelek. Di samping itu, kurikulum mereka juga merangkumi pendidikan jasmani di mana Plato menekankan gimnastik dan ilmu mempertahankan diri sementara memanah (arhcery) dan “charioteering” ditekankan oleh Confucius. Dari segi budaya, Plato menitikberatkan muzik manakala Confucius mementingkan kedua-dua muzik dan adat (rite). Mengikut Confucius, individu yang mahir atau mencapai kecemerlangan dalam “Six Arts” (iaitu Rites, Music, Archery, Chariotterigm, Calligraphy and Mathematics) dianggap telah mencapai tahap kesempuranaan dan sebagai Junizi (a perfect gentleman) “Six Arts” merupakan asas utama falsafah Confucius. Ilmu falsafah juga diutamakan oleh kedua-dua pendidik tersebut dengan Plato juga memasukkan aspek pentadbiran dan keharmonian (iaitu pencarian dan pengetahuan tentang undang-undang) dalam kurikulumnya. Sememangnya pendidikan moral juga terkandung dalam kurikulum pengajaran Plato dan Confucius. Satu matlamat sama yang ingin dicapai dalam kurikulum pendidikan Plato dan Confucius ialah untuk mewujudkan individu yang bermoral, berakhlak dan jujur sungguhpun mereka masing-masing ingin menghasilkan Raja Berfalsafah dan Junizi.

PERBEZAAN TEORI PENDIDIKAN YANG DIMAJUKAN OLEH PLATO DAN CONFUCIUS

Perbezaan-perbezaan juga didapati antara teori-teori pendidikan yang dimajukan oleh Plato dan Confucius.

Pengajaran Moral

Dalam program pendidikan moral, Confucius lebih mengutamakan kaedah pencontohan peribadi (personal exemplification) daripada kaedah peraturan-peraturan explisit tingkahlaku (explicit rules of behaviour). Pengajaran moral beliau menitikberatkan penanaman nilai-nilai secara kendiri, pelagakan contoh-contoh moral, dan pencapaian penghakiman mahir daripada pengetahuan mengenai peraturan-peraturan (self-cultivation, emulation of moral exemplars and the attainment of skilled judgment rather than knowledge of rules). Beliau jarang bergantung pada penghujahan secara menaakul. Pengajaran nilai-nilai sering disampaikan secara tidak langsung melalui “allusions, innuendo” dan malahan “tautology”. Contohnya, apabila kandang kuda terbakar, Confucius yang sedang balik dari pejabat bertanya, “ Ada sesiapa yang cendera?” Beliau tidak bertanyakan tentang kuda-kuda. (Analects X.11 ) Pengajaran yang ingin disampaikan melalui contoh tersebut ialah Confucius menegaskan nilai murni manusia mengatasi harta dan pelajar dibimbing untuk mencerminkan samada tindakbalas mereka adalah sehala dengan Confucius atau sekurang-kurangnya boleh meneruskan kemajuan kendiri dalam etika mereka. Plato pula menggunakan dua pendekatan dalam pengajaran moral. Pertama, kaedah Indoktrinasi (Indoctrination) digunakan untuk menanam nilai-nilai murni pada pelajar-pelajar yang lebih muda atau yang mempunyai intelek yang rendah. Kedua, latihan intelek cergas digunakan pada pelajar-pelajar yang lebih cerdik.

Persamaan Hak Untuk Menerima Pendidikan

Sungguhpun Plato dan Confucius sama-sama mencadangkan persamaan pendidikan untuk semua, tetapi aspek yang ditumpukan oleh kedua-dua mereka adalah berlainan., Misalnya, Plato mencadangkan kedua-dua kaum lelaki dan kaum wanita untuk menerima pendidikan di sekolah dan pendidikan adalah wajib untuk semua, terutamanya golongan Penguasa. Sebaliknya, meskipun Confucius juga mempunyai pendapat yang sama, tetapi beliau tidak menyentuh tentang kaum wanita berhak menerima pendidikan kerana ini adalah bertentangan fikiran kuno masyarakat China.

Nilai-Nilai

Dari konteks pendidikan moral, meskipun kedua-dua Plato dan Confucius menegaskan nilai-nilai murni harus disemai dalam kepeirbadian setiap individu, tetapi Plato hanya membincangkan secara am dalam aspek ini manakala Confucius telah mengutarakan banyak nilai yang harus dimiliki oleh seorang Juinzi. Plato hanya menyentuh sifat-sifat yang baik dan kejujuran pada individu. Confucius pula menegaskan nilai-nilai seperti Kesetiaan kepada negara dan raja (忠, Loyalty), Ketaatan kepada ibubapa (孝, Filial Piety), Humaneness (仁), Righteousness (乂), adat (礼, rites or rituals) (Nilai-nilai ini telah dihuraikan di bahagian 5). Boleh dikatakan bahawa nilai-nilai moral tersebut telah berakar umbi dalam hati sanubari bangsa China selama beribu-ribu tahun sehingga hari ini.

Pendidikan Moral

Dalam pendidikan moral Plato, beliau mencadangkan ganjaran dan hukuman harus diberikan kepada pelajar-pelajar mengikut tingkahlaku mereka. Pelajar yang melakukan perbuatan yang baik akan mendapat ganjaran dan sebaliknya. Beliau percaya seseorang individu akan cuba berkelakuan baik agar dapat mengelakkan diri dari mengalami perasaan sakit. Bagaimanapun, Confucius menekankan bahawa manusia mesti belajar adat dan tidak melakukan kesalahan bukan kerana takut akan menerima kesakitan atau hukuman, tetapi adalah disebabkan oleh rasa malu yang wujud dari hati sanubari sendiri apabila dia melakukan kesalahan. Dengan cara begitu, perasaan malu dapat diwujudkan, corak tingkahlaku akan dapat dibentuk secara dalaman dan mereka akan mengawal diri sendiri secara harmoni.

Hujah Untuk Menghapuskan Rasuah dan Nepotism

Plato mengemukakan satu cadangan yang agak radikal dalam sistem pendidikan beliau di mana Raja Berfalsafah atau pemerintah mestilah merupakan seorang yang telah mengatasi sistem pembatasan melalui sistem pendidikan. Ini bermakna institusi keluarga dan hak milik persendirian mesti dihapuskan di kalangan pemerintah kerana Plato berpendapat adanya hakmilik persendirian akan mengurangkan kewajipannya sebagai seorang pemerintah tetapi sebaliknya menyebabkannya lebih mengutamakan kepentingan persendirian. Cadangan Plato ini bertujuan menghentikan pertempuran dalam batin antara keinginan untuk menjaga kepentingan negara atau kepentingan persendirian. Dengan kata lain, Plato telah mengemukakan ide-ide yang berkaitan dengan komunisme (communism). Confucius selalu dikritik kerana tidak mencadangkan undang-undang digunakan atau cara-cara untuk menangani gejala-gejala rasuah dan nepotism. Gaji pegawai berkedudukan rendah terlalu rendah untuk menyara hidup manakala gaji pegawai berkedudukan tinggi adalah lebih rendah daripada peniaga yang berjaya telah menyemarakkan gejalah yang tidak diingini ini. Walau bagaimanapun, nilai Lian (廉) dicadangkan oleh Confucius untuk disemai dalam hati sanubari manusia supaya manusia tidak tamakkan kuasa dan kekayaan semasa berkuasa.

KESIMPULAN

Plato dan Confucius merupakan ahli-ahli falsafah, pemikir-pemikir dan pendidik-pendidik yang teragung dalam sejarah manusia. Mereka telah mengemukakan banyak pendapat yang bernas dan memberi banyak sumbangan kepada pelbagai lapangan dalam kehidupan manusia. Teori-teori, baik dalam aspek pendidikan atau aspek politik dan sebagainya, yang dikemukakan oleh mereka telah mendatangkan pengaruh dan kesan yang besar kepada umat manusia. Tidak dinafikan bahawa setengah-setengah ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman mereka masih diterima dan diaplikasikan oleh manusia pada hari ini meskipun sebahagian daripada mereka terlalu ideal dan tidak sesuai dengan kehidupan pada zaman moden ini. Nilai-nilai yang diutarakan oleh Confucius, seperti kesetiaan kepada negara, ketaatan kepada ibubapa, “ren”, “yi” dan adat masih berakar-umbi dalam kebudayaan bangsa China, Japan, Korea dan sebagainya. Konsep “kesamaan”, “keadilan” dan “keharmonian” yang dikemukakan oleh mereka masih menjadi matlamat yang diidam-idamkan oleh semua manusia pada zaman ini sugguhpun matlamat-matlamat tersebut merupakan satu sasaran yang memerlukan jangkamasa yang panjang untuk dicapai. Teori-teori mereka juga telah mempengaruhi fahaman-fahaman pemikir-pemikir moden, seperti Karl Marx dan sebagainya.

BIBLIOGRAFI
Abu Al-Hasan Al-Mawardi, < http://www.sunnah.org/history/Scholars/al_mawa... ;

Aristotle, 2 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Aristotle> ;

Charles Hummel, “Educational Policy In The Ideal State”, Plato, PROSPECTS: the quarterly review of education (Paris, UNESCO: International Bureau of Education), vol. 24, no. 1/2, 1994, ©UNESCO: International Bureau of Education, 1999. Confucianism, 10 Dec 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Confucianism> .

Confucius, <http://www.crystalinks.com/confucius.html> .

Confucius, 30 November 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Confucius> .

Jean-Jacques Rousseau, 2 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Jean-Jacques_Rous... ;

John Locke, 2 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Hobbes> ;

Karl Heinrich Marx, 3 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wiki Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Karl_Marx> ;

Latif Kamaludin, Modul JKP213 Falsafah Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, 2008. Michael H. Hart , Senarai 100 tokoh yang paling terpengaruh dalam sejarah, Golden Books Centre Sdn Bhd, Selangor, 2003. Plato, 1 December 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Plato> ;


Politik, 20 November 2008, Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas, Wikimedia Foundation, Inc., < http://id.wikipedia.org/wiki/Politik> ;

Sayyid Abul A'la Maududi, 23 November 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Abul_Ala_M... ;

Six Arts, 29 Oct 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Six_Arts> .

Thomas Hobbes, 26 November 2008, Wikipedia, the free encyclopedia, Wikimedia Foundation, Inc., <http://en.wikipedia.org/wiki/Thomas_Hobbes>;

No comments:

Post a Comment